Pages

Showing posts with label saje2. Show all posts
Showing posts with label saje2. Show all posts

new!


New sem..
New subjects..
New lectures..
New books..
New life..

and inshaAllah... 

NEW ACHIEVEMENT... 

\(^.^)/

Bismillah..


Puisi bola sepak yang syahdu..i think






True story. And I totally agree with this tweet. 
Bila kita sukakan seseorang, kita mesti berusaha untuk tawan hati dia. 
Tapi dalam masa yg sama, ramai lagi yg sedang mengejar dia.
Walaupun kita dah berjaya dapat hatinya, ramai yg cuba merebutnya dari kita.
Sama macam bola sepak.
Apa yg membezakan, dalam bola sepak kita perlu ada sifat kerjasama dan strategi. 
Tak boleh main sorang-sorang dan pentingkan diri.
Tapi dalam hal ni, sorry to say..
No passing-passing..
Bila aku dah dapat, aku takkan passing kat teammates,
or bagi orang lain rampas,
 malah aku jugak takkan jaringkan gol.
Tapi bila aku dapat, aku akan pegang, aku akan lindungi, 
dan aku tau secara automatik aku akan dapat redcard sebab pegang 'bola' tu.
Dan aku akan bawak 'bola tu keluar dari padang' bersama-samaku.
Walau akan dibaling kasut, aku takkan menoleh.

SEKIAN....



Kuasa Doa..

Assalamualaikum w.b.t..

Hari ni nak kongsi satu cerita yg mungkin sedikit sebanyak dapat kita ambik iktibar. Hari tu aku dan member2 pergi supermarket Giant Batu Caves untuk beli barang2 keperluan sikit. Baru bukak sem kan. Orang sangat2 la ramai. Mungkin sebab hari tu hari sabtu. So susah la jugak nak cari parking. Pusing punya pusing pun x still xde parking kosong.

Tiba2 aku terdengar salah seorang kawan yg duduk sebelah aku nie baca sesuatu. Bukannye jampi serapah yg bukan-bukan. Tapi ianya adalah satu doa yg aku pun belum pasti dya belajar dari mana dan apa doa tu sebab dye baca slow2 je. Dan x sampai seminit lepas tu sambil2 pusing cari parking tu, kawan aku yg baca doa tadi suruh kawan aku yg jadi driver nie berhenti sebab dia nampak seseorang makcik tengah isi barang dalam bonet. Dah nak keluar parking r tu. Dan alhamdulillah kitorang dapat masuk parking yg tu. Rupa-rupanya makcik tu kenalan kawan aku yg baca doa tadi.

Dan masa tu hanya satu yg terfikir dalam kepala aku ni. Hebatnya kuasa doa dan yg Maha Memberi Pertolongan, Allah s.w.t.. Dan tidak aku ragui doa seseorang yg beriman dan soleh akan dimakbulkan dengan mudah oleh Allah. Ya, kawan aku nie seorang alim, alhamdulillah sebab dapat mengenali dirinya.
Itulah kuasa doa, kuasa sang Pencipta.....



"Doa adalah senjata seorang muslim.."




Dan inshaAllah, segala apa yg aku dapat, segala apa yg berlaku dan ditetapkan adalah untuk menjadikan    diri ini better dari sebelum ini dan aku percaya ianya sebaik-baik perancangan dari Allah untukku...inshaAllah semuanya adalah yg terbaik. Aminn.. 

Ma,abah...daus janji yg daus akan lakukan yg lebih baik lepas ni dan xkan lagi buat ma abah kecewa lagi macam dulu2. Daus akan buktikan yg daus akan berjaya walaupun bukannya berakhir dgn cita-cita daus selama ini. And of course i really2 need your redha and doa..pray for me k my love..=) 
yes ini telah membuatkan aku homsick -.-"

*terasa macam nak tukar cita-cita la pulak..a lecturer maybe.. =D




Lelaki = Bola Sepak vs Wanita

1st case : (situasi : nak pergi tengok bola)

"Weh jom turun. Game dah nak start tuu. Nanti xde tempat pulak....".

"Kau gerak dulu. Ada hal jap.Hehehe...Copkan satu tempat untuk aku...",sambil pegang handfon or laptop.

"Awek la nie..hmm Okeh..."

///selepas 1st half : 

"Berapa dah? Sapa score? "     *baru sampai..

"Dah kena 2-0 dah..Nie sume sebab kau turun lambat r nie. Kata die hard fan. Cehh.."

"Hehehe sorry2..Ada masalah rumah tangga sikit.."

"Rumah tangga la sangat. Letih aku jaga tempat kau. Dah dekat 30 org tanye kosong ke x. And 30 kali jugak la aku jawab ada orang.."

"Hahaha..meh aku blanja horlick ais.."

"Haaa bagus jugak tu.. Kalau ada keropok ke lagi cun..haha"

"Yelaa.."


2nd case : 

//call
"Hello..Kau kat mana? Main futsal jom. Budak-budak dah ramai nie.."

"Weh sorry ar..Aku kat luar nie..Hehehe.."

"Aku tauuuuu...... kau kat McD kan? Stadi ke? Hahaha.."

"Hahaha sapa bagitau?"

"Adalah budak-budak nie. Budak-budak nie dah bajet yg kau xde kat dalam kampus. Xpe lah,jaga anak orang tu leklok. Tengah malam dah nie bro..kirim salam ah kat dye.."

"Hahaha..okay2..sorry weh xdpt join.."

"Okeh..xde hal llah..".         *susah betul orang 'ada tanggungjawab' nie... 
//letak fon

"Camne? Betul kan aku cakap yg dye keluar.."

"A'ahh.."

"Aish nak ajak lepak pon susah bila dah ada awek nie. Dulu selalu jeh lepak ngn kita. X kan miss punye main futsal.."

"Biarlah dye..Asal dye bahagia. Alah kalau kau ada awek kt sini pon mesti sama jugak kan..? Haha.."

"Ehh aku pulak. Tapi ntah la..Maybe kot.. Hahahaha..Dah kau tu?? "

"Eh aku xpe. Aku selalu bawak awek aku. Time main futsal pon dye join sekali..Kau je yg x nampak..haha"

"Ehh mana mana?? Kau bela.....hann... "

"ishhh...Dalam hati aku nie la..x kan dalam poket pulak..Kang lemas anak orang. Kehkehkeh.."

"Haduuwwww...eceyyy"

"Hahaha..jom ah main. Budak2 tu pon dari tadi tunggu kita.."


football explained to women..komfem x jatuh pakai boot nie
jeng jeng jeng....

Itulah kenyataannya. Bila seorang lelaki terpaksa memilih di antara bola sepak dan wanita,dia akan memilih wanita. Sama la macam aku. Aku pun peminat bola sepak jugak. Minat giler2 ah. Tapi bila mama aku x bagi aku pergi main bola or tengok bola sampai tengah malam,aku akur jeh sebab aku tau kalau buat muka sedih pon dye x kan layan. Tapi tu masa kecik la. Sekarang dah besar,dah pandai fikir mana baik mana buruk kan. Tapi bukan nie yg aku nak cerita sebenarnya. Wanita yg dimaksudkan kat title tu bukan la ibu kita tapi wanita lain. Maaf ma,anak ma curang jap ngan ma Nak cerita pasal wanita lain jap eh. Hiihihi..Jangan x masak nasi pulak malam nie....*malu pulok ase nak cakap pasal nie. Tapi x pe ah. Letih2 dah tulis panjang2 kat atas tu...think positif!! sekali sekala buat entri mcm ni x salah kan..=p


Okeh berbalik kepada tajuk asal, kenapa agaknya ek? Kenapa lelaki lebih memilih wanita berbanding minat dyorang. Bagi aku hanya ada satu sebab dye. Sebab yg satu tu benyawa dan satu lagi x bernyawa. Dan semestinya yg bernyawa perlu diberi perhatian. Dalam erti kata lain,kalau aku tengok bola ke x,xde effect pon kat aku. Player jugak yg dapat gaji. Menang kalah tu pon xde effectnye kat aku. Eh mungkin ada sedikit effect bila pergi kuliah pagi esok. Kalau team kalah bersedialah untuk dimaki. Kalau menang best la. Tapi lain pulak kalau x hiraukan yg satu lagi tu. Haaa alamatnye jimatlaaa topap kau seminggu.

Or adakah lelaki tu penakut? Hahaha..yg nie aku x tau la. Tapi mungkin jugak. Takut kehilangan. Team bola yg kita sokong komfem2 xkan hilang kan. Tapi yg satu tu boleh hilang bila2 masa jeh kalau x jaga elok-elok. See, ada dua perbezaan di situ. And aku pernah berdepan situasi di mana ada member aku gaduh dengan awek dye sebab dye x balas mesej masa tengok bola. Haa pandai-pandai la fikir macam mana agak-agak situasi nak tengok bola sambil tengok mesej. Mata ikan pon x dapat buat macam tu walaupun mata dye sebelah-sebelah. Or adakah salah seorang perlu beralah dan memahami?

Tapi ingat,semua benda ada penyelesaiannya dengan izin-Nya. So pandai-pandai la fikir sendiri macam mana nak buat. Nak handle dua benda nie,macam pepatah tarik rambut dalam tepung,rambut x bagi putus,tepung x bagi berselerak. Try fikirkan macam mana kita nak dapatkan semua benda tanpa perlu mengorbankan salah satu. X kan tu pun aku nak ajar. Kehkehkeh..

Aku pernah baca ada sorang mamat nie dye twit kat twitter," A real man will fight about football,not a woman,." Haa macam tu lah lebih kurang twit dye. Aku pon x ingat yg sebetulnya macam mana. Paham kan macam mana maksud dye? Aku pun setuju dengan apa yg dye cakap. Tapi.....

how about..

"A real man will fight about football..But a real man will killing about a woman"

aihh kata lautan api sanggup direnangi. Mana?? Mana??? Hahahaha..
But think positive..jangan fikir bukan-bukan. Kita orang Islam. Sekadar suka-suka buat quote boleh la..=)



wewitttt..wa sayang Chelsea FC wa,,Tapi cik PZ wa pon wa sayang..:p

p/s: akhirnya ada jugak idea nak update blog..^_^





zaman sekolah..

Assalamualaikum w.b.t

Seriusly,aku rindu zaman sekolah aku. Zaman nerd,zaman budak-budak baru nak up. Lately,aku banyak habiskan masa cari gambar-gambar kenangan masa zaman sekolah dulu. Kobek-kobek facebook member,laptop,tapi sayangnya banyak gambar aku yg dah hilang sebab 'ter'format hard disk sebelum nie. Sayu hati ini. (-.-)

Seriusly, aku rindu.......

-zaman berbaju kemeja putih berseluar hijau
-zaman berneck tie rapat ke anak tekak, berkasut kulit hitam segak bergaya
-zaman berbaju melayu putih bersamping hijau ke masjid, berbaju batik biru 
-menangis di public fon sebab homesick (time form 1 jeh)
-dibuli oleh senior,kena merangkak di bawah katil,tiup kipas sampai berhenti,tembak lampu sampai pecah,menyanyi,mengurut,gosok baju,ambik air bergelen-gelen,berbotol-botol kat dewan makan sebab bising dalam dorm. Dan aku masih ingat bila aku juz isi sikit jeh air masak,tapi selebihnya air paip dan air liur. Sorry senior..hahha
-mandi kolah
-mencari air satu sekolah kalo xde air kt asrama
-pergi sekolah setiap hari
-pergaduhan di perhimpunan sebab ada orang kentut tapi x nak mengaku n buat senyap jeh.
-saat pkHem wish birthday setiap bulan di perhimpunan
-menyanyi lagu Negaraku,lagu sekolah
-saat warden announce dorm yg x berapa nak kemas untuk balik semula ke asrama dan menerima 'hadiah' di sana.
-saat warden announce nama sapa yg x pergi kelas mengaji
-tidur dalam kelas
-x siap kerja BM
-balik sekolah awal kalau cikgu ada meeting
-berlari ke dewan makan masa makan tengahari sebab xnak berebut. Masa nie la peperangan biasa berlaku sehingga nasi bertaburan di atas kepala. Tapi bila dah jadi senior x risau sebab boleh potong line. Sorry adik-adik. Aku tau masa korang jadi senior korang buat jugak.
-panjat koridor
-ponteng prep petang
-kena kejar dengan cikgu sebab lambat pergi prep,pakai stokin kat tangga sambil berlari
-pergi prep petang tapi tido
-main bola kat padang
-baju,stokin,selipar jepun kena rembat
-berlari berkain pelikat ke masjid dikejar pkHem
-berjemaah di masjid masa maghrib ngn isya'..kadang-kadang ponteng
-suruh adik-adik mengurut
-skodeng muslimah..*aku x buat.. kehkeh
-kena kejut subuh dengan rotan..*aku jarang kena..kadang-kadang..
-baju kau baju aku,baju aku baju kau,barang aku barang kau,barang kau barang aku jugak
-pergi mintak syiling dengan adik-adik sebab nk bergayut
-suruh junior belanja meggi
-buli adik-adik surh pergi ambik air. Tapi yg pasti aku suruh dye minum dulu sikit. Lepastu suruh bersih dorm pulak,suruh menari..macam-macam lahh
-tidur atas katil double-dacker. Tidur double bila dengar ada orang jumpa hantu
-cakap yg sekolah nie macam jail. X nak balik sekolah kalau cuti
-n macam-macam lagi lah.............................................



aku dulu pustakawan jeh. X boleh jadi prefect sebab aku baik sangat. And lagi satu,aku kan ulat buku..kehkehkeh  

Haihh kalau nak cerita memang x habis.
Tapi tu la kenyataanya. Zaman sekolah adalah zaman yg banyak mengajar untuk jadi seorang yg matang.
Aku ingat lagi kata-kata seorang senior selepas dye buli aku.

"Rilek ahh.. Benda nie akan jadi kenangan kat korang bila korang dah habis sekolah nanti. And kenangan untuk geng-geng aku jugak. Nah ambik mentos sebijik sorang...hahaha".

.....siap bagi mentos agi lepas buli bagai nak gila..

Yes,and now,aku dapat rasa semua tu. Semuanya hanya tinggal kenangan manis walaupon masa tu kita rasa tu la benda paling pahit yg pernah berlaku dalam hidup kita.





p/s : Always remember from where you come and who make you up..(^_^)






i want all of this..!!

Assalamualaikum w.b.t..
waaa lamanya x update blog. Sebab tahap ketiadaan kemoodan untuk mengupdate blog sangat tinggi. But today i want to say that i want all of this..!! Seriously,,,all of this.... =DDD


ini mainan budak besar okey..
ada sapa-sapa nak bagi x?? hehehe..its okay,nanti aku beli sendiri..




kalaulah ada Doraemon..

#entri ni dibuat bila otak dah tepu mengadap nota..-,-"

kalaulah Doraemon ada kat dunia nyata,aku nak pinjam.....

  1. Ubat yg boleh bagi aku ingat semua nota yg aku dah baca. Takpun ubat yg boleh buat aku jadi pandai tanpa baca buku.
  2.  Pensil ajaib yg bila aku jawab exam aku akan dapat A.
  3. Pintu ajaib. Boleh balik rumah bila-bila masa jeh. Boleh pergi kelas 3 saat sebelum kelas mula. Boleh dengar lecture sambil duduk atas katil. Bukak pintu jeh dah dapat tengok lecturer. Boleh pergi mana-mana je yg aku nak.
  4. Laci ajaib or mesin masa. Boleh dengar balik apa yg lecturer ajar yg aku dah lupa tadi. Or senang citer apa yg aku x dengar masa lecturer ajar tadi. Hahaha..
  5. Helikopter ajaib. Boleh pergi lecture room tanpa naik tangga. Or boleh pergi KLCC tanpa naik LRT.
  6. Lampu suluh ajaib. Boleh kecikkan sapa-sapa yg lebih besar daripada aku. Ataupun kecikkan orang jahat and then letak dalam poket.
roti nota..
#inilah pengaruh televisyen terhadap kanak-kanak zaman dahulu..:p





ini hanyalah hiburan semata-mata sebab dah blurr.
Blur-blur pon jangan sampai terpesong..

Kenapa perlukan doraemon kalau kita dah ada yg lagi hebat?
 Yang Maha Kuasa, Yang Maha Memberi segala-gala...
Bersyukur..

(^_^)




mainan budak lelaki dulu-dulu..(versi moden)

Assalamualaikum w.b.t..

Memandangkan minggu nie mungkin minggu last yg kurang bz, aku nak buat entri lebih sikit. Hari ni aku rasa macam nak buat entri pasal zaman kecik-kecik la. Masa kecik-kecik dulu boleh dikatakan yg aku nie gila mainan jugak la. Asal ikut mama aku pergi shopping je aku mesti merayau kat bahagian mainan. Lepas tu mula la mintak itu ini. Tapi sebenarnya sampai sekarang aku still suka pergi lepak kat bahagian barang-barang mainan kalo pergi shopping complex. Nanti esok-esok kalo bini aku ajak pergi shopping aku nak suruh bini aku tinggal aku kat bahagian mainan jeh, lepas tu pergi la shopping sorang-sorang. Jimat sikit poket gua. Hahaha..kidding..Biasalah,kalo orang perempuan jumpa shopping complex,lenguh la kaki ni nak mengikut. Tapi xpe lah kan. Bini kita jugak..wiiiii~~~

Back to the main point, masa kecik-kecik dulu, zaman sekolah rendah, barang mainan nie mengikut peredaran zaman. Contohnya kalau time tu time kereta Tamiya tengah naik,ramai orang main, mesti kau akan kena booo kalo kau xde kereta tu. Seingat aku kereta Tamiya nie la mainan first yg menjadi fenomena masa aku kecik-kecik dulu. Aku pon dulu x ketinggalan main kereta Tamiya nie.(Tamiya nie nama brand dye). Paling syok bila kita beli yg belum pasang,lepas tu dapat pasang sendiri enjin-enjin,tayar-tayar bagai tu. Rasa macam engineer gitu. Dan kereta sapa paling laju dye paling hebat la. Pssst,gua pernah dapat hadiah kereta tamiya dari sorang awek mase darjah 5 dulu. And gua tau yg dye beli kat kedai RM2 hinggit kat tepi sekolah. Tapi x kesah la kan. Hadiah jugak. Hakhakhak. Tapi yg dia bagi tahan kejap jeh,lepas tu hancur. Mungkin sebab 2 hinggit?? no komen. Haha..Tapi kereta yg gua beli sendiri memang terbaik. Mahal sikit la. Mintak abah beli. hihi..

nie haa kereta Tamiya. Tapi nie bukan yg gua punya.

Next, lepas zaman kereta Tamiya nie beransur hilang, mula pulak timbul zaman Beyblade. Pada mulanya beyblade nie adalah cerita kartun kat TV3. Tapi alih-alih ada pulak kat dunia nyata nie. And jeng jeng jeng.. Aku pon x ketinggalan untuk memiliki beyblade nie. Yg paling aku x boleh lupa bila part tukar-tukar acsessori dye ngan member-member. Nak kasik yg kita punya berpusing paling laju dan paling lama,banyak jugak la duit yg aku habiskan untuk benda nie. Sanggup korek tabung arnab aku dulu semata-mata nak upgrade benda nie. Kalo dapat tau ngn cik mama yg aku korek tabung,memang masak. Hahaha. And ada satu part bila ada orang reka yg beyblade nie boleh mengeluarkan api. Memang best bila main dalam kuali. Kena dinding dye jeh akan keluar percikan api. HAHAHA..Kenangan...

dragon!!
Bila semua dah boring main beyblade nie,timbul pulak cerita Crush Gear kat TV3. Betul la satu karangan yg aku pernah buat dulu,"Televisyen banyak mempengaruhi kanak-kanak". Pasal crush gear nie pon aku korek duit simpanan aku,tapi yg nie update sikit la. Sebab aku mintak kebenaran ma abah aku dulu sebelum beli. Sebab benda nie kan besar sikit,susah nak sorok,bukan macam Beyblade tu. Silap-silap kena buang pulak kereta aku nie. Seingat aku lama jugak la aku pujuk ma abah sebab nak beli mainan nie sampai la abah aku cakap,"Pergi beli yg paling murah..". Wah berbunga-bunga hati gua beb. Terus pergi beli. Seingat aku kereta nie aku beli ngn harga 7 hinggit lebih. Lau ikutkan ada jeh yg lagi murah tapi yg 7 hinggit nie lawa sikit. Tu pon bila sampai umah ma aku dah bising cakap mahal. Membazir jeh. Tapi tu la kan,budak-budak,ape nak kesah. X paham lagi erti susah nak cari duit. And kereta nie masih ada sampai sekarang kat umah aku. Jadi perhiasan kat atas tv. Sapa nak tengok jom datang umah aku raya nie. Hahaha..

crush gear turbo!!
Lepas tu timbul la zamam maju sikit. Budak-budak mula main remote control car pulak. Tapi benda nie bukan budak-budak jeh yg main. Orang tua pon join sekali. Benda nie kalo x silap aku still ada sampai sekarang. Pernah suatu masa dulu setiap petang ramai pemilik kereta remote control nie berkumpul kat taman perumahan kat umah aku untuk main benda nie. Memang happening. Tapi tu la kn,benda nie mahal sikit kalau nak dibandingkan dengan mainan yg lain. Paling murah pon 50 hinggit. And seperti biasa,aku mempunyai strategi untuk memujuk encik abah untuk belikan aku sebijik. Sampai adik aku yg berumur 5 tahun masa tu pon aku guna suruh pujuk encik abah. Haha. Last-last dapat jugak kereta idaman aku masa tu. Tu pon lepas aku dah fedup mintak baru encik abah bagi. Dye kesian kot. haha..Tapi serius aku memang sayang kat kereta aku tu.

(gambar hiasan)
still ada kat bawah katil aku kat umah. Sapa nak lumba?? jom..kalah belanja  aiskrim..


Masa aku darjah 6,lepas UPSR pulak,dengan menggunakan alasan boring lepas exam,aku mintak encik abah belikan yoyo pulak. Masa tu citer yoyo tengah hot kat TV3. Hahaha..And macam biasa,gua dapat yoyo sebijik. Yang branded punya beb. Bangga jap ada yoyo mahal. Mahal pon x sampai 20 hinggit pon sebenarnya. And kalo x silap ada lagi kat dalam almari kat umah aku.

sapa pandai buat loop-the-loop tanpa kena muka dye hebat.

antara design yg femes dulu

haaa yg nie namanya digivice. Aku xde kenangan sangat dengan benda ni sebab aku x pernah ada benda nie. Tapi pernah main yg member-member punya. Benda biasanya dapat hadiah bila kumpul sticker penuh satu buku lepas tu pergi hantar kat kedai. Nanti dye akan bagi hadiah digivice ni. Tapi aku x sempat dapat sebab stok dah habis. Punya la letih kumpul sticker last2 dapat radio bentuk rumah jeh. X macho betol. Benda nie macam main bela-bela haiwan la. Kita bela haiwan nie,bagi makan,bagi uk-uk sume sampai dye jadi kuat lepas tu boleh lawan dengan member. Syokkk...


Satu lagi mainan yg femes masa aku kecik-kecik dulu ialah brick game. Tapi aku caye yg benda nie budak perempuan pon suka main. Portable game yg paling awal dan murah. Zaman dulu mana ada PSP. Budak-budak sekarang mungkin dah x kenal brick game nie. Yang dyorang kenalnye macam PSP,PS3,
n macam-macam p lagi lah. 


sebijik macam yg aku punya dulu.

okeylah,kalo aku nak citer sumua memang x habis. Nanti nak citer pasal mainan budak lelaki versi tradisional pulak.
Babai....








welcome back!!

Assalamualaikum w.b.t..

okeh...sekarang sume boleh gelak kat aku sebab aritu cakap dah xnak update blog tapi x sampai sebulan update balik. Tapi x payah la nak gelak lama-lama kan sampai tergolek-golek sambil goyang kaki ke atas kan. Terguris hati ni nanti...-.-"

YES!! seriusly, i think i need my blog back...

u want to know why?? Meh aku nak habaq sikit...

Aku bukan ape, aku sebenarnya kesian dengan awek aku sorang nie. Dah macam orang mati anak dah aku tengok gara-gara aku cakap yg aku dah x mau update blog. Siang malam duk nangis jeh. Sebagai seorang lelaki yg gentlement ala-ala Boboiboy,mesti la aku kesian kan. Kang kalo x kesian dye lari pergi Thailand n madukan aku pulak. X sanggup cheeeq..

ni haaa..
*
*
*
*
*
*
*


Tapi time dye cakap ngan aku,dye x tunjuk pon muka sedih macam nie. Saje nak control la kot. Padahal aku tau tiap-tiap hari dye nangis. Mane aku tau? Alaaa,Kerana Kapur tu kawan aku kot. Kawan kat pesbuk. Tapi dye roomate ngan Itiey aku nie. So, aku upah choki-choki kat si Nana nie suruh tengok-tengokkan awek aku ni. Alih-alih,si Nana nie mengadu kat aku yg choki-choki dye selalu abis kena kebas ngn awek aku sebab nak pujuk xnak kasi nangis tengah-tengah malam. Yang peliknya,dye x nak benda lain. Nak choki-choki tu jugak. Mungkin dye jeles kot. Lepas tu saje je xnak bagi si Nana nie makan benda yg aku bagi. Tapi macam mane dye boleh tau??

 Adehh...Biasalah,aku ngan Itiey aku nie hubungan jarak jauh. So,melalui blog je lah dye boleh tau perkembangan aku. Gambo nie pon aku mintak tolong Nana yg snap. Sori gambo blur sebab Nana nak cover xnak bagi kantoi ambik gambo cik Itiey tengah nangis.
Abih bergetor tangan si Nana macam kena alzheimer.. Hakhak..

Time skype ngan aku hari tu nie haaa..Siap ugut aku lagi....
*
*
*
*
*
*
*
#time marah-marah pun sempat keluar jugak lesung pipit dye..

aku pun jawab la. "Cheq,cheq....errr..suka hati cheq la blog cheq..!",
konon-konon aku pulak yg termerajuk laa..

lalu kuhempas ganggang telifon..berdecingg!!! jatuh balance syiling 30sen...
penuh drama..

Eh macam zaman dulu-dulu pulak. Ye la,pakai publicfon la katakan..
Tapi publicfon sekarang bukan macam dulu. Sekarang dah ada skype sekali. Tu yg keluar gambar sekali tuu..Sape kate xde? Ada je belakang umah aku..

p/s: saya xde laptop.. :'(

haa lepas tu mula la menyesal. Dye ingat cheq xtaw..
*
*
*
*

lepas tuu...
*
*
*
*

hahh bila dye pujuk aku balik sambil berlatar belakangkan lagu ombak rindu,memang aku susah nak hampakan cik Itiey neh. So,aku pon mengalah laa. Ye la,tambah pulak cik Itiey nie pandai main ayat..

Dye cakap macam nie,"Hang jgn la duk merajuk lama-lama. Buruk orang laki merajuk nie. Kang cheq gi cari mat bangla kang,melalak hang kat situ..haaa..".
Aish,x boleh jadi nie,dye main buruk-buruk,bangla bagai. Sebagai seorang lelaki yg berwibawa,mestilah cheq tercabaq. Pantang tau main buruk-buruk nie. Huuuhh..=.=!
So,demi cik Itiey terchenta,aku ase aku nak ambik balik la blog aku nie. 


"dah-dah la mengarut tuu.."


sape sound aku tu??? berani-beraninya dikau...
yelaaa..nak stop dah nie..
hehehehe..

**************************************************************
Sayang sebenarnya blog nie neh.. So aku rase aku perlukan balik blog nie,sebab yg sebenarnye ialah...
sebab aku rasa dengan blog nie aku boleh jadi lebih rilek,santai,and the most important is ada tempat aku nak mengarut..

so lepas nie akan diperbanyakkan entri-entri yg boleh menggeletek tapak kaki si pembaca sampai menendang-nendang ke dinding. Biarlah xde orang yg baca pon,tapi sekurang-kurangnya bila aku sendiri yg baca,aku boleh gelak sampai tergolek-golek ke ladang gandum. Ade aku kesah?? Tapi macam kurengg jeh..sendiri buat entri,sendiri baca,sendiri gelak..
kemushkilan terhadap diri sendiri melanda..
hehhhhhhh...


okeylah..dah letih menaip,.


~~serius x comel kucing nehh...






woaahhh..sekali lagi,woahhhh..!!

okehh....
terasa geli bila bace balik entriku yg lama-lama dulu..
-.-"



dah,,x payah nak pergi cari entri aku yg lama2 tuh balik..
hahahahaha...

\(^o^)/



terbaikkk....

assalamualaikum...
nie nak share satu video neh...best punye..dyorang nie memang berbakat..memang staill..
makin ramai pulak orang yang berbakat kat youtube neh,,
sound gitar pon mantap,myb kurang peralatan je kot..
tengok kat dyorang punye drum,teringat pulak aku mase kecik2..
sebelum mengenali ape itu drumset yg sebenar..aku pon pernah gak main drum macam nie..
mase tu kesik ag kan..habis baldi,bakul sampah mama aku,aku rembat..susun-susun atas meja,pasang radio kuat-kuat,layang jamming sorang-sorang...haha..memang bising..n alhamdulillah,
aku bersyukur sgt sebab diberi peluang untuk merasai bermain drumset yg sebenar dan tidak membingitkan..
aku pon x sangka yg aku memang betol2 dapat belajar main benda neh..
haha...credit to my schoolband..SMACH WIND ORCHESTRA and senior2 yg mengajar...
(^_^)



i hope this band will success in their future...komposer3 sume..ambik laa dyorang nie jd artis..nie asyik ambik pompuan jehh...hampehh btol..
ok lah...gudluck bro2 semua...adiosss




ape nak jadiiii....

"ape nak jadi...
ape nak jadi...
sampai sekarang x kawin lagi...
ape nak jadiiiii......"

assalamualaikum...
haaa sape pernah dengar lagu kat atas tu? aku nyanyi tu bukan untuk aku...nak bagi contoh jeh..yg tu nanti2 la aku nyanyi lain kali...x cukup umur lagi...hahaha..

bukan ape,aku ase macam dah banyak perkara x elok berlaku kat Malaysia neh..macam-macam benda yg x pernah berlaku sebelum nie berlaku kt negara kita..risau jugak r..ye r benda-benda tu kebanyakannya just berlaku kat negara2 yg kurang aman jeh...yg kita selalu tengok kat dalam tv,kat dalam berita jeh..sekarang nie dah betul2 berlaku kat malaysia terchenta neh..contoh2nye mula2 macam demonstrasi jalanan,tunjuk perasaan,,,sume tu jadi huru hara..dan hari ni aku dengar dah start ada main bom pulak kat demonstrasi tu dan ada sampai tercedera..lepas nie?? Nauzubillah...mintak jauh dari segala bala bencana,,,aminnn...-.-

aku bukan nak tunding jari kat sape2 or nak mempolitikkan nie sume..xde orang yg salah dan xde orang yg totally betol jugak...senang2 sume salah laah..kecuali aku..wahaha..just aku x suke btol laa bile berlaku huru-hara,kacau-bilau macam neh..kita xnak r negara kita jadi negara x aman pulak..sussahh nt...setuju??

kalau laa negara kita x wujud benda2 macam nie kan bagus..senang je hati ase..lagipon ada banyak lagi cara lain yg boleh kita guna kalau nak dapatkan keadilan..kan best kalo negara kita jd macam negara pimpinan Sultan Mohamad Al-Fateh dulu..komfem aman damai..tp tu r..silap sape sekarang?? same2 la kita fikir....x mustahil kalau kita nak jadikan malaysia macam tu jugak..just berlandaskan Islam dalam semua perkara dan umat Islam bersatu..InsyaAllah,malaysia akan jadi negara yg aman,,,so sekarang nie bukan masenye untuk kita salahkan sape2,just think it,think it deeply and wisely...speaking la pulakk...

ok lah,,membebel banyak2 sangat pon x guna..letih jugak membebel neh..kalo x percaya,try tanye sape yg suka membebel...try tanye mak korang ke,tu pon kalau korang nak rase extrabebelan ditambah dengan tempeleng or flying kick free sebagai penambah perisa..tp x salah kn mencuba..paling kurang pon dyorang x masak nasik jehh...haa baru padan muka...tu laa,bajet nak peramah sangat..hahahahahaha..lgpon bukannye selalu dapat rase..nanti dapat tulis dalam blog... kenangan manis tuuuuu...wahaha..

sebelum idea untuk mengarut semakin bercambah,aku mengundur diri dulu..nak makan nasik yg mak aku masakk..ye laa,aku kan budak baikk...(^o^)...chow!! assalamualaikum....

berkhidmat untuk negara..


setuju???






A story of a lifetime.. in a heartbeat...

Assalamualaikum w.b.t.......


okeh setelah lebih 2 bulan menyepikan diri dalam mengupdate blog nie, entri sebelum nie telah diterjah oleh owner kedua blog nie ye...hihihi..hari ini aku kembali dgn semangat baru,azam yang baru..ye la,tahun baru kan...2012..dan semestinya banyak perkara yang dah berlaku sepanjang tahun lepas..kenangan manis,kenangan pahit sume ada..


dan sepanjang 2 bulan nie jugak,macam-macam benda yang aku lalui..tapi tu la kan,sume benda yg berlaku x leh la yg happy je sokmo..xsyok jgak kan..bukan life la lau nak happy jeh selalu..hahaha..


A story of a lifetime.. in a heartbeat...


yes..sume kenangan akan tetap tersimpan..memang x dpt dicari ganti kalau hilang..kalau laa benda nie bleh simpan dalam pendrive ke ok jugak..tp xpe lah..chill sudaaaaa..


oraitt..sekarang dah masuk 2012..so sape2 yg berumur 19 pada 2011 akan berumur 20 pada tahun ini..so daripada nombor belas akan bergerak ke nombor puluh..bakpe xtau..ase cam tua jeh ngn angka tu...
tp tu r..hidup mesti diteruskan..tp best gak,lagi meningkat umur,maknanya lagi cepat la nak kawin..hahahahaha..
dan semakin meningkat umur, semakin banyak la tanggungjawab kita ni..jangan lupa,umur pun salah salah satu drpd nikmat Allah s.w.t kpd kita.. Di akhirat nanti,setiap kita akan dipertanggungjawabkan tentang umur kita di hadapan Allah s.w.t..sebagaimana tersebut di dalam hadis Nabi s.a.w yg bermaksud:  


"Tidak berganjak kedua kaki seorang hamba pada hari kiamat sehingga ia disoal tentang umurnya pada perkara apakah ia dihabiskan,dan tentang ilmunya untuk apakah ia digunakan,dan tentang harta bendanya dari manakah ia diperolehi dan pada apakah ia belanjakan,dan juga tentang tubuh badannya pada perkara apakah ia susutkan kemudaan dan kecergasannya".(HR Tarmizi)



haaaa,kesimpulannya... befday,befday jugak..tp tanggungjawab sbg seorang hamba jgn dilupa ye adik-adik...hehehe..sebut pasal befday,today is my beloved sister's befday..so,


HAPPY BEFDAY TO YOU..!!

nak adiah, beli sendiri...td dah bawak g KFC..bagus kan dapat abang macam nie?? wakaka..okey lah..ada masa akan diupdate lagi...babaiii...






-.-'










tq to my mama sbb sponsor kfc td...peace..!!

bila tengok…..

malam nie nak curi mase sikit…nak share somehing yg pasti xde orang tau lagi…hahaha
ok,bila dok kat u nie,mesti ad pelbagai course kan..n semestinya personaliti bebudak nie mencerminkan course ape yg dyorang amek…
bebudak engineering ngan sempoi dyorang,.bebudak architecture ngn dressing style dyorang,.bebudak medic ngn spek dyorang (geng kuat stadi kan),.bebudak law ngn straight dyorang,n macam-macam style lagi r…so kat sini ak nak gitau ape perspektif bebudak course pemes2 nie bile tengok sesuatu… haha

bile tengok pokok~~~
budak engine : aih lau aku buat rumah pokok mesti best..xpon tebang jeh,pastu wat kerusi,,bleh jadi tempat lepak…
budak medic : ermm pokok nie daunnya xcukup hijau…mesti xcukup makanan nie…xcukup proses fotosintesis…
budak architect : lau pokok nie ada bunga warna warni mesti cantik..
budak law : ehh,mane boleh tanam pokok kat sini…!!!!

bile tengok kereta~~~
budak engine : camne nak wat kete nie jadi makin laju ek??? nak letak minyak angin ke air kosong…yg penting jimat….letak sayap pon cam cun jeh..hehe
budak medic : eh lau naik kete laju-laju,nanti xcident,berdarah,pecah kepala,terkoyak tisu,,putus hamstring…naik bisept…(cmne eja ak xtau..sbb ak bkn bdk medic n xpnh blaja bio)
budak architect : ak nak letak gambo Preity Zinta lah kat kete nie..pastu hias lagi ngn kaler2 pelangi…
budak law : nie kete sape nie??? no plat tertanggal satu nie….ak tarik naik court baru tau…

bila tengok buku~~~
budak engine : ak dah jumpa buku feveret baru ak…FACEBOOK….
budak medic : haaa nie lah jantung hati ak…
budak architect : asal buku nie xde gambar? xde kaler? hmm meh ak tolong lukis….
budak law : akta 1919 kanun keseksaan yang membawa hukuman khidmat masyarakat seumur hidop mukasurat berapa ek??

bila tengok perempuan~~~
budak engine : rilek sudahhh…nanti dyorang bajet cun lak lau kita tengok dye…
budak medic : muka dah cun,tapi jalan senget..mesti ada masalah trachea nie…
budak architect : eh2 rambut ak okay x?? eh asal ppuan nie nmpak cam pelik jeh?? ooo patut r,,peti sejuk nak pakai skirt…x sheshuai…
budak law : kata orang, terpandang sekali tu rezeki,tp xbleh tengok lama2…nt kena tuduhan menskodeng…

bila tengok blog dyorang~~~
blog budak engine : sekadar ada apa yg patut…xpon xde blog langsung…
blog budak medic : penuh dengan perkataan2 sains….
blog budak architect : warna-warni kot….
budak law : cerita2 yang membawa pengajaran…

sebab dyorang tidur lewat~~~
budak engine : stadi…
budak medic : stadi stadi..
budak architect : wat assgnment..
budak law : stadi,,,,                                                                        


*bagus x?? hehe

hahahaha…semua yg kat atas tu adalah rekaan semata-mata…saje nak wat ceria siket…so xde kena mengena ngn yg masih hidup,ataupon yg telah mati,mahupon yg sedang koma….layannnnnnn…(^_^)
Tengkorak

bile lelaki cakap sal kawin..

KAHWIN..???? wahaha.....agak2 bile dgr perkataan nie ad ase heppy ke seram?? ak pon xtau nak ckp camne...............................(-.-!)


kisahnye bermula bila kami duduk lepak bersama mengisi mase lapang apabila xde kelas..mula laa keluar bab kawin,,,tp ape yg ak komfem perbualan kami sbg lelaki sal bab nie mmg lari 360 dgree drpd owg ppuan bckap..nak tau ape antara isi-isi pentingnye?? *teringat kata2 cikgu bm ak dulu.........


ok ni antaranya ...

*sape tanak kawin...??

  -jwpn kami,,"aishh soalan,,,org giler pon nak kawin...org abnormal jeh yg xnak kawinn..."

  -jwpn ppuan,,"kawin??? waaa bestnyeee..!! nak3..!!! nak kawin ngn yg hensem2,kaye,,pastu blablabla..."
                                                                       *pdhal xtnye pon ag nk kwin ngn sape....


*bile nak kawin...??

-jwpn kami.."eh mesti r nak kawin awl....lau boleh mase blaja da nak kawin..tp myb pas keje lu kot 2 3 taon..nak beli kete,rumah luu..simpan duit lu..nak bagi anak org makan kn..bukan anak kucim.."

-jwpn ppuan,,"nak kawin ngn Aaron Aziz laa,,eh jap,,dye da kawin r..Salih yaacob dah pon cukup kuota..erm korea pon ok r..tunggu dyorg masuk minang r..bile2 pon xpe...skrg pon ok....hihihi.."

4 tuu...

*ape yg korang risau lau nak kawin...??

-jwpn kami.."perghhh of kos r duitt derr,,, perbelanjaan yg semakin mahal skrg nie..elektrik naik,,msti r hantaran pon naik..xde 30ribu xleh kawin bro..sume kita tnggung kot..tmbh plak makin bekerjaya bkl isteri korg,,makin mahal skrg nie..tp xpe r,,ak nak letak syarat,,sape nak kawin ngn ak kena murah2 jeh..lau mahal cari org len...wahaha.."

-jwpn ppuan.."risau nk pilih baju kaler ape,,takut org kate xchantekk laa...makeup nak order kat mne..inai smpai lengan sempat kering ke x...xnak r guna cekelat,,nt nk suh bkal husband i tempah handkerchif nk bg kat kkawan nt.."
*bab nie ak pon risau...duitttttt..huhu

*pas kawin nak anak bape org..??

-jwpn kami.."nak cukup satu team bola.....hehehehehehehe..selagi termampu la katekan..wewittt.."
-jwpn ppuan.."ingt kite nie kilang...huh.."

*agak2 korang nie pilihan bakal pak or mak mertua korg..??

-jwpn kami.."entah lerr..mitak2 laa trime..bkn ape,,skrg nie rmai yg pilih kerjaya or ape2 je r..xmcm org dulu2..skrg lau tanye kije ape,jwb drebar jeh mmg kene rijek r...*yg sbnarnye drebar kpl terbang..xke nanye?? so tgok r ape yg penting ye...duit bkn penentu kebahagiann..hehehe.."

-jwpn ppuan.."kna blaja masak nie,,haishh risau btol..kerjaya?? erm myb gak r..huhu.."




haaa,,ak mls nk tulis pnjg2..nt boring plak..so perbualan kami berakhir di situ..n perbualan di atas xde kaitan dgn sape2,yg masih hidup atau yg sudah mati mahupun yg sedang koma..

ok last,,credit tu geng2 yg menyertai perbincangan dewan rakyat hari ini..:

_syamir
_yus
_jan
_manul
_n last,,ak sediri..hehe..


ok sampai bertemu lagi dilain ketika,,di lain hari,dilain mase dan ketika..

jgn marah ak,,bukan ak yg wat equation nie..huhu

chow!! 

assalamualaikum..




cita-cita semasa kecik..

assalamualaikum dan salam 1 Malaysia...*ntah pape

wokehh,,malam nie ase cam nak cakap sal cita-cita ak mase kecik..banyak giler plak cita-cita mase tu..mesti sume orang banyak cita-cita kan mase kecik..so sape yg nk kongsi cita-cita korang,,komen r entri nie nt..haha..
n kebanyakan cita-cita ak la kan ak ase sumenye berpunca drpd citer-citer kat tv..pengaruh betoll r tv neh..jom campak tv sume ke laut..tp lau sape2 yg pkai plasma tu xyah campak,bagi ak jeh..drpd korang membazir,baik wat amal jariah,,

okehh,,intro pnjg xguna,,nt boring wa bosan plak...haaa ak da start malas nk type penuh..so pandai2 r ye..haha..

ok jom start,,,cita-cita yg first ak ase nak jadi neh...OTROMEN,,


sumenye sbb nampak cam hero r..nak jadi hero jugak..penyelamat bumi la katekan..body plak 6pack tu..mmg xkan kalah..pastu lepas kalahkan musuh,terbang gitu jeh,,xyah kemas balik bangunan2 yg dah besepah mase berlawan td..cool kan?? 


second plak ak nak jd POWER RANGERS MERAH...


bagus cita-cita ak yg nie..memerlukan teamwork..tp walo camne pon mesti akan menang gak lau lwn ngn raksasa..tp ade satu yg best ialah sbb ad power rangers pink..besenye si merah nie kamcing ngan si pink..tambah lak korang perasan x lau sape2 yg jd si pink nie msti cun kan..wahaha

bile tgok citer sal bomba plak,ak start r nak jadi AHLI BOMBA yg berkaliber..


"jadi bomba best r..bleh main ngan api,bleh selamatkan orang..nak jadi bomba r.."
kataku ketika itu...

tibe-tibe tv2 ad citer Roda2 Kuala Lumpur plak..mule la nak jd POLIS TRAFIK..tgok Gerak Khas nk jd polis bese plak..


jgn salah sangka ye..ak amek gambo nie sbb gambo nie yg paling cpt bukak time ak open new tab kat google..haha..beso kan moto dye..sbb tu nk jd polis trafik,,dpt plak kejar penjenayah,,perghhh stail giler  r men cilok2 kat jln raya..

wokeh,,,yg nie plak cita2 ak xbkaitan ngn citer kat tv..ak nk jd TENTERA UDARA la plak..


stail r plak gambo nie..kna denda kot..haha..ok mulenye sbb ak ad sorg pakcik yg keje askar..siap bjanji ag ngn sepupu ak yg merangakap anak kpd pakcik ak tu,,dye nk jd tentera laut..tp sumenye hampehh..hahaha..

haa yg nie mmg part yg paling ak xsbr nk citer,,ak pernah bercita2 nk jd DRIVER BAS EKSPRESS tu..haha
nie r bas yg ak selalu naik..lawa kan??
nie lak game yg ak slalu maen..
nak tau nape?? xtau r nape ak ase cam minat giler kat kokpit bas yg stail cam kokpit flight,tombol gear dye,ngn stereng bas tu yg besor..pastu cara dye amek side nk masuk simpang,,,perghh ak ase cm lam idop ak nie,ak nak try pandu bas skali..nk tau camne ase bwk benda besar nie..tambah lak mse kcik ak ad byk menan bas..haha..




perghh byk kan,,tu yg ak ingat r..ase cam ad ag yg len tp da tak ingat da..so sape2 yg nk kongsi cita2 mase kecik,,silalah komen ye...hehe..wutwuttttt..ok r,,chow dlu..as salamm...=)



macam-macam ada..


pagi-pagi nie ase nk tgok gambo2 yg agak sengal..
jom jom jom..



kejujuran yg xdpt dibendung..

makin ramai laa yg merempit nt..ne tau bleh ganti Valentino Rossi..

alololo kiutnye die...hhaha

haaa sape berani masuk r...mmg xde duit raye r cucu2 dye gamaknye...

aku ase lau kat pameran autoshow cnie r kwsn paling senang nk amek gambo ngan model-model...

baru beli kat bundle kot..

hancurrrr..bleh wat acar timun,,,

cam style jeh rambut dye..jeles aku...huh

ni Mr. Bean mse kecik kot..patut r da tua pon comel...

sape ad jual kad YU-GI-OH nie?? ak nak beli..!!!

ak tau makcik yg pgang baby tu nak lari tp takut org sebelah dye trase ati..

kalo panas bukak r tingkap tu...

typing error kot..

hahahha..nie bkn batman..catman!!

berat sama dipikul,ringan sama dijinjing..

adoihhh..ak blur tgok gambo neh...sadisss

ibu yg sngt caring..dye xleh tgok anak dye lam kesejukan..

agak-agak nie sandal ke seluar???

kat mne nie ek?? ak nak g beli.. uhukk..




k la..ak da xlarat nk copy gmbo dah..sape yg rajin,,sila komen ye...
hahaha..
chow..