Pages

a letter for u..happy women's day..:)

Assalamualaikum w.b.t..
Suaramu...
Gemersiknya bak buluh perindu
Cuba kau lagukan
Cuba kau dendangkan
Mengisi di ruang kamarku
Senyummu...
Menusuk dan membelai di kalbu
Cuba kau ukirkan
Cuba kau pamerkan
Menjadi hiasan hidupku
Tiada terkata
Seindah bahasa
Nak ku huraikan
Nak ku belaikan dirimu
Akan ku syairkan katamu
Akan ku madahkan janjimu
Menjadi coretan gurindam
Akan ku ukirkan senyummu
Akan ku lukiskan tawamu
Menjadikan susunan warna
Potret indah...
 Senyummu...
Menusuk dan membelai di kalbu
Cuba kau ukirkan
Cuba kau pamerkan
Menjadi hiasan hidupku...

Kehadapan 3 wanita istimewa,permata-permata yang sentiasa berada di hatiku..
ku titipkan bingkisan ini dari jauh..
meluahkan bicara hati yang terpendam, yang aku sendiri x mampu untuk ucapkan...
semoga anda semua sentisa berada di dalam keredhaanNya..Amin...

Ya semalam 8hb Mac merupakan Hari Wanita sedunia. So aku di sini ingin memberi satu hadiah yang mungkin tidak begitu bernilai,hanya sedikit coretan kata yang mungkin tidak dapat kuluahkan dengan kata-kata,tetapi ia adalah tulisan yang tulus,lahir dari hati. Dan hadiah ini ku ukirkan khas buat permata-permataku yang amat kusayangi dan kukasihi. Aku tidak mampu untuk bagi sebarang hadiah lain mungkin sebab jauh. Jadi hanya ini yang dapat aku titipkan untuk menunjukkan yang aku sangat menghargai permata-permata hatiku ini. Tetapi bukan hanya untuk hari ini,bukan hanya ketika hari wanita or hari-hari tertentu,tetapi setiap masa,setiap saat,setiap ketika,dan insyaAllah sepanjang hayatku..Dan dalam kesempatan ini, aku mencuri sedikit masa untuk menulis kat sini.

who are that 3 precious womens in my life? who are they?


They are a person that always in my heart and my mind,always be on my side even we are far apart,even there are a lot of obstruction,even a time was very jealous to us,but they are still be on my side. Mereka semualah yang sentiasa ada semasa aku sedang gembira,sedih,sihat,sakit,and so on. Meraka inilah yang sentisa bergelak ketawa bersamaku,menangis bersamaku,dan segalanya bersama aku. Dan mereka ini jugalah yang pernah susah kerana aku,pernah mengalirkan air mata kerana aku.

Ibu,seandainya aku diberi peluang untuk membuat pilihan di antara emas dan permata di dunia ini,sudah pasti aku akan memilihmu. Kerana kaulah orang yang paling bernilai dalam hidup aku. Tanpa ibu,aku tidak akan melihat keindahan ciptaan Allah di dunia ini. Kesakitan,kesusahan,dan keperitan kau mengandungkanku, melahirkanku,menjaga dan mendidik aku,mengajar aku tentang Islam,segala-galanya.Takkan dapat aku bayar balik walaupon gajiku beribu-ribu esok. Terima kasih ibu. Terima kasih sebab selalu ada untuk anakmu ini. Walaupun kadang-kadang anakmu ini degil,x dengar kata tetapi kau tetap sabar. Ketika aku sedang sedih,kaulah yang menenangkan hatiku. Aku masih ingat ketika aku gagal,aku tau kau sedih dengan kegagalan aku tapi kau lebih sedih bila tengok aku bersedih. Dan aku masih ingat kau sering memberitahuku,"sabar,nak buat macam mana..ada rezeki lain..dah berusaha kan..". Aku masih ingat ketika aku sakit dulu,kaulah yang berjaga malam bersama abah,menggantkan kain basah di atas dahiku. Aku ingat semua tu bu..ibu,aku disini sangat merinduimu. Aku disini amat merindui masakan mu,leteranmu apabila kejut aku sarapan pagi,aku rindukanmu..Tapi sabar ya,x lama nanti anak ibu ni nak balik..x sabar nak balik umah..rindu nak peluk ibu,cium pipi ibu..:'(

adik,kaulah satu-satunya adik abg kat dunia nie. Kaulah satu-satunya adik,dan jugak kakak untuk abg. Kau jugaklah yg selalu kena marah dengan abg sampai nangis,kena buli,dan dengan kau jugaklah abg bergurau,abg cerita masalah abg,pasal awek pon abg citer kat adik kn. Ye la,sebab adikla yg paling rapat dengan abg..abg sayang adik tau..tapi adik abg nie nakal jugak. Selalu jeh kaco abg kn..haha..kan dah kena balik..tapi tu la kan,terima kasih ye dik..Abg harap adik akan jadi seorang wanita yang berjaya esok-esok,jadi wanita solehah,yg berjasa untuk ma abah. Jaga semua-semua sebab adik kan pepuan..so abg nie pon bertanggungjawab kat adik. Ape yg adik buat Allah akan soal abg kat akhirat nanti. Adik syg abg kan? Abg pon syg adik. Time abg kat kampus nie adik jaga la diri lek lok kat umah tu. Jaga ma ngn abah sekali. Kucing2 sekali ye. jgn nakal-nakal.. Abg syg adik tau..

Last but not least,kamu..ya kamu..awk tau kenapa awk menjadi yg ketiga? sebab awk jugak pernah menangis kerana sy. Awk jugak yg selalu ada bagi sokongan mase sy down. Pernah berkongsi masalah,mendengar luahan hati sy,kadang-kadang menjadi tempat untuk melepaskan kemarahan..Berkongsi segala-galanya.. Awk jugak yg selalu buat diri sy nie rasa dihargai. Awk jugak lah yg sedikit sebanyak merubah sy menjadi lebih baik dari dulu. Awk jugak pernah bagi sy peluang untuk merasa berada di hati awk walo sekejap. Seorang lelaki asing yang x pernah kenal,tiba-tiba dapat jadi rapat. Sy hargai kepercayaan yang awk bagi kat sy. Sy xkan lupakan semua tu. Tapi tu la kan,semua yang berlaku mungkin ada hikmahnya. Sy terima dgn hati terbuka. Awk milik Allah,milik keluarga awk. So sy pinjam kejap jeh. Tp sy bersyukur sbb dapat kenal dgn awk. Dan sekarang nie sy just nak tau keadaan awk n nak wish benda ni. Tapi mungkin awk sibuk. Xpe..sy dapat rasa yg awk gembira sekarang. Dari senyuman awk sy dpt rasa yg awk bahagia. Dan tu dah lebih drpd cukup bagi sy. Saya happy bila tengok awk happy. Maaf,sy x dpt nak bahagiakan awk..tapi percayalah,sy akan simpan semuanya..anggaplah sy sebagai kawan awk,macam kawan-kawan awk yg lain..dan kat sini sy ingin menyatakan sedikit pesanan or mungkin sedikit harapan. Jadilah seorang wanita yg hidupnya ibarat sebutir permata di dalam timbunan kaca. Jadilah seorang wanita yg 'mahal' dan bernilai di mata manusia di dunia ini, dan yg paling penting,jadilah seorang wanita solehah yg bakal menghiasi syurga yg kekal abadi sekali gus menjadi seseorang yg dikasihi dan disayangi Allah s.w.t..terima kasih ye..for everything. :)

takkan lahirnya seorang superman kalau xdenye superwoman,
dan peter parker@spiderman xkan berjaya menewaskan sandman kalau xde marry jane di sampingnya..

tiada hadiah dapat kusediakan,
hanya secangkir doa yg dapat kuselitkn..
semoga anda semua  selalu berbahagia dan sentiasa berada di dalam kalangan yg diredhaiNya..  


dan..

sejuta kemaafan ku pohon jika diri ini pernah membuatmu bersedih,sesungguhnya hanya titik penyesalan yg masih tersisa di hati..
tapi benarlah,tanpa kesilapan,x kan lahirnya pembetulan yg lebih baik..

terima kasih kepada Yang Maha Pencipta,kerana meminjamkan aku mereka nie semua..
Alhamdulillah,terima kasih ya Allah..

and to all my precious womens,HAPPY WOMEN'S DAY..!!


yang ikhlas:   
saya..



okeylah,rase dah panjang sangat dah nie. Berjaya jugak aku tulis panjang-panjang. Ye lah,sbb mungkin nie entri last kot untuk blog nie. Aku rase macam xde orang bace pon ape yg aku melalut dlm nie..so aku ase nak stop jeh menulis kat blog nie,sampai bile,wallahualam.. Tapi aku xkan delete blog neh,banyak kenangannya..so,lepas nie,aku berazam nak bahagiakan semua orang yg aku sayang..Allah suruh kita cari dunia jugak,bukan akhirat semata-mata. Peganglah dunia jugak,sebab ape yg kita buat kat dunia nie akan melambangkan apa yg kita dapat kat akhirat nanti. U make it,u deserve it..

keh,sehingga bertemu lagi..insyaAllah...=)

and a song to all of you..




segala-galanya bermula dengan hati..

assalamualaikum...

hati...semua orang dianugerahkan seketul daging yang dipanggil hati..seketul daging ini ibarat sebuah enjin untuk menghidupkan sesuatu jentera or mesin2 tetapi hati ni tidak memerlukan sebarang sumber elektrik untuk menghidupkannya..dan hati juga bukan lah sesuatu yg mudah untuk dikawal seperti enjin-enjin tu sume..
kenapa aku cakap macam tu? sebab segala-galanya bermula dengan hati..dan bagi aku hati ni bukannya sesuatu yg automatik,its totally manual..dan kita sendiri yang mengawal hati kita...kalau kita menanam keimanan,insyaAllah bercahayalah hati kita,tetapi jika sebaliknya,x heran lah kalau hati kita penuh ngn titik2 hitam...

itulah hati..hati lah yg mencorakkan seseorang..dengan hati jugak segala-galanya boleh berlaku..kita sering bertanyakan pasal kesihatan luaran kita tapi kita selalu je abai kesihatan nurani kita...sanggup berhabis ribuan ringgit untuk mengubati sakit sedangkan Allah hanya menerima hati...


hati ibarat kapas... 
mudah terbang pabila ditiup angin...
mudah robek bila di carik-carikkan...
mudah kuncup pabila ia basah..
dan mudah pula ia mengecil apabila di renyukkan..

hati yang sihat adalah hati yg mempunyai perasaan semasa melakukan ibadah..dan orang yg sihat akan merasai kemanisan dalam ibadahnya..hati yang sihat jugak adalah hati yg khusyuk dalam ibadahnya dan dapat menerima sesuatu kebenaran walaupun pahit spt satu firman Allah,"bilakah masanya untuk orang2 beriman untuk khusyuk hati mereka bagi mengingati Allah dan menerima kebenaran yg Allah turunkan,,"(al-Fatir:16)..

tapi itulah hakikat manusia..mencari makanan untuk bekal gi picnic tetapi terlupa untuk membawa bekal ke dunia yg kekal..sama macam aku..kadang2 aku terlupa yg Allah nie mencari hati seorang hamba yg betul2 humble kepadanya..seorang hamba yg redha dan bersyukur akan apa yg telah diberi olehNya..bukan seorang yg suka melawan or tidak menerima apa yg telah ditentukan..ampunkan aku ya Allah..

ujian Allah...Allah menguji seseorang hamba itu sebagai tanda yg Dia tidak pernah mengabaikan dan melupakan kita walaupun kita sendiri yg selalu melupakan Dia..kalau kita ingat Dia,lagi-lagila Dia akan ingat kita...dan bukan semua orang dapat menghadapi ujian Allah itu sedangkan Allah x pernah menguji melebihi kemampuan hambaNya tu sndiri..and of course semuanya berkait rapat dengan hati..masa ni lah biasanya hati kita akan berkata tentang segalanya..dengan iman yg seciput,adakah kita mampu menghadapinya? mase nie la syaitan akan mula menghasut..so,kalo hati kita ni xde pelindung,mampu ke kita? kerdilnya kita tanpa pertolongan dariNya...

so,bagi seseorang yg hatinya belum lagi sihat dan tenang 100%,ini ubatnya...



#berdoalah...sesungguhnya Allah itu Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...
agar semua yg kita hajati dapat kita miliki...