Pages

Type of Kawan..

Assalamualaikum w.b.t dan salam 1 malaysia.

Semua orang ada kawan. Bukan orang je, kucing, kambing pun ada kawan. Kecuali orang tu forever alone giler-giler, duduk dalam hutan or gua sorang-sorang, tak pernah kenal apa itu erti kawan. What is kawan who is kawan or why kawan? Memang forever alone. Kawan ni menurut kata dewan bahasa dan pustaka ialah sinonim dengan perkataan sahabat, rakan, teman, kenalan, handai dan taulan. Maksudnya mereka yg kita kenali antara satu sama lain. Tu ikut dewan bahasa dan pustaka la. Bagi aku pulak yg dewan yg seciput bahasa dan x berapa nak pustaka ni, kawan nie bukanlah just friend kat facebook or follower kat twitter. Yang rata-ratanya x kenal pon kita. Just add sebab lawa, hensem, comel, hitam or what so ever or sekadar nak orang cakap,
"waww ramainya friend kau kat facebook, mesti hot staff ni kan".

Dengan tersipu-sipu malu kau pun balas balik, "eh xde laa..mana ada hot staff, biasa-biasa aje...^^".

 Dalam hati member nie dah cakap, "tau x pe..kau bukannya hot pon".


Kawan ni bagi aku ialah orang selepas family kita. Maknanya as important as our own family. Bukannya orang yg sekadar kita kenal nama, umur, jantina tapi orang tu x mengaku pun dia kawan kita even dye pun tau nama kita.Tapi janganlah pulak kita lebihkan member dari family. Kang jadi anak derhaka pulak kena telan bumi. But if anything happen, orang yg kita cari selepas family kita mestilah kawan kan. That's why aku kata kawan ni bagi aku as important as our own family. But of course la family no. one kan. Tapi x semua kawan tu boleh betul-betul dianggap kawan. Banyak jenis kawan yg aku boleh cakap kat sini. Sedangkan Imam Al-Ghazali sendiri cakap kawan nie terbahagi kepada 3 jenis :-

1.Kawan yang ada ilmu

Bila kita berkawan dengan dia, dia sentiasa bagi ilmu dan nasihat kepada kita. Imam Al-Ghazali kata jangan lepas kawan ini. Berkawanlah kerana kebaikan yang banyak diperolehi.

2.Kawan yang tidak ada ilmu tapi terima ilmu kita bagi.

Dia tidak berimu tapi kita ada ilmu dan dia terima ilmu dan nasihat agama yang kita sampaikan kepada dia. Imam Al-Ghazali kata jangan lepas kawan ini. Berkawanlah kerana dengan kita sampaikan ilmu dan nasihat kepada dia, dia dapat laksanakan perintah Allah.

3.Kawan yang tidak ada ilmu dan tidak mahu menerima ilmu. 

Kita ada ilmu tapi bila kita bagi ilmu dan nasihat kepada dia, dia tak terima dan macam-macam lagi alasan iaitu dia menolak ilmu dan nasihat yang kita bagi. Iman Al-Ghazali kata jangan kawan dengan orang macam ini kerana tiada bagi manafaat kepada kita dan dia. Dan takut-takut kita pula yang terikut cara dan tingkahlaku dia yang membawa kemaksiatan kepada Allah s.w.t

Nabi s.aw. bersabda...

"Seseorang itu akan ikut siapa yang dia kawan. Jika kamu berkawan dengan tukang jual minyak wangi dan kamu tidak mampu membeli minyak wangi itu tetapi setidak-tidaknya bau harum minyak wangi akan kena juga pada pakaian kamu DAN jika kamu berkawan dengan tukang ketuk besi, biarpun percikan api daripada ketukan tidak kena pada kamu tetapi bau asap api akan kena juga pada pakaian kamu "





See, tu baru bab ilmu. Kat sini aku nak bagitau jenis-jenis kawan yg atas pandangan dan pengalaman aku sendiri pulak. 

1.Kawan baik.

Ramai yg mengaku yg diorang ada ramai kawan baik kat dunia ni. Kawan baik ni bagi aku seorang kawan yg memang baik, dapat mintak tolong masa kita susah, selalu ambik berat, ambik tau pasal kita dan kawan-kawan kita yg lain, dapat berikan nasihat dan menerima pandangan kita. Baik dengan kita la senang citer.

2.Kawan rapat.

Mungkin kawan jenis nie rapat dengan kita atas sebab-sebab tertentu macam faktor geografi ke. Ye la macam kawan anak jiran sebelah yg selalu pergi dan balik sekolah sama-sama dgn kita. Tapi x semua hal kita kongsi dengan dia.

3.Kawan sejati.

Kawan sejati ni bagi aku, kawan yg selalu kacau kita, buat bodoh ngan kita, selalu kentut curi, selalu ambik barang kita tanpa mintak kebenaran dulu, selalu marah kita, selalu maki kita, dan banyak lagi la. Tapi kita x pernah terasa hati dengan dia. Dan dia pun x pernah terasa hati dengan kita bila kita bergurau yg kadang-kadang 'ter'over. Selalu ada dengan kita. Tolong kita, ambik berat pasal kita, selalu bagi nasihat, gembira bersama, menangis bersama kita, bergaduh kerana kita, dan berkorban kerana kita yg bukan sapa-sapa. Bukan family dia pun. Tapi dah anggap macam family sendiri.



4.Kawan biasa.

Kawan biasa nie bagi aku kawan yg mungkin kita x selalu keep in touch with him/her. Kawan yg sekadar kalau jumpa salam, tanya khabar, lepas tu kembali wat kerja masing-masing. 

5.Kawan makan kawan.

Senang citer kawan yg jahat. Kawan yg balas jahat bila kita dah buat baik ngan dia dan anggap dia member. Orang macam nie elok je gilis ngn traktor, pastu laminate, pastu gantung kat dinding, lepas tu baling ngan kasut tiap-tiap hari.

6.Kawan sepermainan.

Kawan yg selalu kita ajak main masa-kecik-kecik dulu dan membesar sama-sama. X kisah la walau kau tu lelaki and kawan kau tu she, and dia ajak kau main masak-masak dan kau dengan rela hatinya memegang watak sebagai suami kepada member kau tu, siap pergi kutip daun-daun pokok bunga makcik kiah konon-konon baru balik pasar nak suruh bini masak. Comel pulak member tu kan. Hakhak..dan kawan ini berkemungkinan besar boleh jadi kawan yg no 1dan 3 tadi.

7,Kawan maya

Kawan yg mungkin kita kenal kat fb. Kat fb sembang kencang padahal x pernah jumpa pun. But be aware, kawan macam nie pun ada yg kekal sampai ke anak cucu.

8. Kawan history.

Kawan macam ni selalunya akan lupakan kita kalau dah jumpa kawan baru yg sedikit advance dari kita. For me, aku x kisah pun dgn orang macam ni. Ramai lagi yg nak kawan ngan aku. X rugi pun saham neh.

9.Kawan yg x berapa nak kawan.

Kawan macam nie bila dia tengah susah dia cari kita tapi bila kita susah he/she said, "Soory, not my problem..". Kawan macam nie elok ikat kat pokok kelapa lepas tu tebang pokok tu biar tumbang timpa dia sendiri.


Aku rasa cukup la dulu kot setakat tu. Aku bukan nak kata aku ni baik sangat. Tapi mana-mana kawan aku yg selalu ada dengan aku tau lah macam mana aku nie. Dan aku sangat-sangat hargai semua kawan aku yg sudi berkawan ngan aku dan terima aku seadanya sedangkan aku bukan sapa-sapa. Nak kata anak agong tu  lain cerita la kan. Dan sekadar pengajaran untuk aku jugak, carilah ramai kawan yg betul-betul boleh dibuat kawan. 

Ma aku cakap, berkawan biar beribu, bermusuh jangan sekali. Okeylah ma..roger!!







=)



Past = Best teacher..





never forget your past. It's your best teacher..

yes. Absolutely. Benda ni boleh buat kita sedar siapa diri kita yg sebenarnya. Dan insyaAllah boleh menjadikan kita lebih bersungguh-sungguh untuk capai yg lebih baik.



Ingat molek!






mu nok wat gape-gape pon buat lah asal dok saloh di sisi agama. Nok berhibur ke nok gape ke. Tapi ingat, jangan sampai jadi 'najis'...

mesej yang pendek tapi tersangat-sangat padat.. (^_^)


Lelaki Rugi Kalau Tak Berjanggut

Assalamualaikum w.b.t..

Di zaman Rasulullah s.a.w. ada seorang sahabat yang berjanggut nipis atau jarang-jarang sekadar sehelai dua. Semasa beliau mengambil wuduk untuk bersembahyang di masjid, Rasulullah tersenyum dan memalingkan mukanya.

Sahabat itu pun merasa heran dan dia menyangka Rasulullah s.a.w senyum kerana janggutnya yang nipis itu dan memalingkan mukanya kerana tidak suka kepada janggutnya yang jarang itu.

Keesokkan harinya sahabat lelaki tersebut datang ke masjid setelah mencukur janggutnya. Apabila bertatapan dengan Rasulullah s.a.w, lelaki itu melemparkan senyuman tetapi Rasulullah tidak memandang langsung kepada lelaki tersebut.
Bertambah hairanlah beliau lalu diajukan pertanyaan kepada Baginda.

"Wahai Rasulullah mengapa hari ini kamu tidak senyum kepadaku seperti sebelum ini..?"


 Lalu Baginda menjawab..

"Sebelum ini aku nampak malaikat berebut-rebut untuk menadah air wuduk yang jatuh dari janggutmu.. tetapi apabila kamu mencukur janggutmu tidak ada lagi malaikat yang menunggu di janggutmu, wahai sahabat..."

Wallahualam~ 





#salam aidilfitri..




ambillah waktu..


"Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan.

Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi. 

Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan. 

Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan. 

Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan. 

Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan. 

Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang 
menggetarkan hati. 

Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti. 

Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan. 

Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga."