Pages

mainan budak lelaki dulu-dulu..(versi moden)

Assalamualaikum w.b.t..

Memandangkan minggu nie mungkin minggu last yg kurang bz, aku nak buat entri lebih sikit. Hari ni aku rasa macam nak buat entri pasal zaman kecik-kecik la. Masa kecik-kecik dulu boleh dikatakan yg aku nie gila mainan jugak la. Asal ikut mama aku pergi shopping je aku mesti merayau kat bahagian mainan. Lepas tu mula la mintak itu ini. Tapi sebenarnya sampai sekarang aku still suka pergi lepak kat bahagian barang-barang mainan kalo pergi shopping complex. Nanti esok-esok kalo bini aku ajak pergi shopping aku nak suruh bini aku tinggal aku kat bahagian mainan jeh, lepas tu pergi la shopping sorang-sorang. Jimat sikit poket gua. Hahaha..kidding..Biasalah,kalo orang perempuan jumpa shopping complex,lenguh la kaki ni nak mengikut. Tapi xpe lah kan. Bini kita jugak..wiiiii~~~

Back to the main point, masa kecik-kecik dulu, zaman sekolah rendah, barang mainan nie mengikut peredaran zaman. Contohnya kalau time tu time kereta Tamiya tengah naik,ramai orang main, mesti kau akan kena booo kalo kau xde kereta tu. Seingat aku kereta Tamiya nie la mainan first yg menjadi fenomena masa aku kecik-kecik dulu. Aku pon dulu x ketinggalan main kereta Tamiya nie.(Tamiya nie nama brand dye). Paling syok bila kita beli yg belum pasang,lepas tu dapat pasang sendiri enjin-enjin,tayar-tayar bagai tu. Rasa macam engineer gitu. Dan kereta sapa paling laju dye paling hebat la. Pssst,gua pernah dapat hadiah kereta tamiya dari sorang awek mase darjah 5 dulu. And gua tau yg dye beli kat kedai RM2 hinggit kat tepi sekolah. Tapi x kesah la kan. Hadiah jugak. Hakhakhak. Tapi yg dia bagi tahan kejap jeh,lepas tu hancur. Mungkin sebab 2 hinggit?? no komen. Haha..Tapi kereta yg gua beli sendiri memang terbaik. Mahal sikit la. Mintak abah beli. hihi..

nie haa kereta Tamiya. Tapi nie bukan yg gua punya.

Next, lepas zaman kereta Tamiya nie beransur hilang, mula pulak timbul zaman Beyblade. Pada mulanya beyblade nie adalah cerita kartun kat TV3. Tapi alih-alih ada pulak kat dunia nyata nie. And jeng jeng jeng.. Aku pon x ketinggalan untuk memiliki beyblade nie. Yg paling aku x boleh lupa bila part tukar-tukar acsessori dye ngan member-member. Nak kasik yg kita punya berpusing paling laju dan paling lama,banyak jugak la duit yg aku habiskan untuk benda nie. Sanggup korek tabung arnab aku dulu semata-mata nak upgrade benda nie. Kalo dapat tau ngn cik mama yg aku korek tabung,memang masak. Hahaha. And ada satu part bila ada orang reka yg beyblade nie boleh mengeluarkan api. Memang best bila main dalam kuali. Kena dinding dye jeh akan keluar percikan api. HAHAHA..Kenangan...

dragon!!
Bila semua dah boring main beyblade nie,timbul pulak cerita Crush Gear kat TV3. Betul la satu karangan yg aku pernah buat dulu,"Televisyen banyak mempengaruhi kanak-kanak". Pasal crush gear nie pon aku korek duit simpanan aku,tapi yg nie update sikit la. Sebab aku mintak kebenaran ma abah aku dulu sebelum beli. Sebab benda nie kan besar sikit,susah nak sorok,bukan macam Beyblade tu. Silap-silap kena buang pulak kereta aku nie. Seingat aku lama jugak la aku pujuk ma abah sebab nak beli mainan nie sampai la abah aku cakap,"Pergi beli yg paling murah..". Wah berbunga-bunga hati gua beb. Terus pergi beli. Seingat aku kereta nie aku beli ngn harga 7 hinggit lebih. Lau ikutkan ada jeh yg lagi murah tapi yg 7 hinggit nie lawa sikit. Tu pon bila sampai umah ma aku dah bising cakap mahal. Membazir jeh. Tapi tu la kan,budak-budak,ape nak kesah. X paham lagi erti susah nak cari duit. And kereta nie masih ada sampai sekarang kat umah aku. Jadi perhiasan kat atas tv. Sapa nak tengok jom datang umah aku raya nie. Hahaha..

crush gear turbo!!
Lepas tu timbul la zamam maju sikit. Budak-budak mula main remote control car pulak. Tapi benda nie bukan budak-budak jeh yg main. Orang tua pon join sekali. Benda nie kalo x silap aku still ada sampai sekarang. Pernah suatu masa dulu setiap petang ramai pemilik kereta remote control nie berkumpul kat taman perumahan kat umah aku untuk main benda nie. Memang happening. Tapi tu la kn,benda nie mahal sikit kalau nak dibandingkan dengan mainan yg lain. Paling murah pon 50 hinggit. And seperti biasa,aku mempunyai strategi untuk memujuk encik abah untuk belikan aku sebijik. Sampai adik aku yg berumur 5 tahun masa tu pon aku guna suruh pujuk encik abah. Haha. Last-last dapat jugak kereta idaman aku masa tu. Tu pon lepas aku dah fedup mintak baru encik abah bagi. Dye kesian kot. haha..Tapi serius aku memang sayang kat kereta aku tu.

(gambar hiasan)
still ada kat bawah katil aku kat umah. Sapa nak lumba?? jom..kalah belanja  aiskrim..


Masa aku darjah 6,lepas UPSR pulak,dengan menggunakan alasan boring lepas exam,aku mintak encik abah belikan yoyo pulak. Masa tu citer yoyo tengah hot kat TV3. Hahaha..And macam biasa,gua dapat yoyo sebijik. Yang branded punya beb. Bangga jap ada yoyo mahal. Mahal pon x sampai 20 hinggit pon sebenarnya. And kalo x silap ada lagi kat dalam almari kat umah aku.

sapa pandai buat loop-the-loop tanpa kena muka dye hebat.

antara design yg femes dulu

haaa yg nie namanya digivice. Aku xde kenangan sangat dengan benda ni sebab aku x pernah ada benda nie. Tapi pernah main yg member-member punya. Benda biasanya dapat hadiah bila kumpul sticker penuh satu buku lepas tu pergi hantar kat kedai. Nanti dye akan bagi hadiah digivice ni. Tapi aku x sempat dapat sebab stok dah habis. Punya la letih kumpul sticker last2 dapat radio bentuk rumah jeh. X macho betol. Benda nie macam main bela-bela haiwan la. Kita bela haiwan nie,bagi makan,bagi uk-uk sume sampai dye jadi kuat lepas tu boleh lawan dengan member. Syokkk...


Satu lagi mainan yg femes masa aku kecik-kecik dulu ialah brick game. Tapi aku caye yg benda nie budak perempuan pon suka main. Portable game yg paling awal dan murah. Zaman dulu mana ada PSP. Budak-budak sekarang mungkin dah x kenal brick game nie. Yang dyorang kenalnye macam PSP,PS3,
n macam-macam p lagi lah. 


sebijik macam yg aku punya dulu.

okeylah,kalo aku nak citer sumua memang x habis. Nanti nak citer pasal mainan budak lelaki versi tradisional pulak.
Babai....








salah ke jilat balik apa yg dah diludah?

Assalamualaikum w.b.t.

Salah ke jilat balik apa yg dah kita ludah? Yes, aku tau yg semua orang akan cakap macam nie...

"Eh aku x kan jilat balik laa ape yg aku dah ludah..!!", or,

 "Malu la bro,dah ludah nak jilat balik?? aku x kan menjatuhkan maruah aku la wei...."

Okeh kat sini aku nak bagi pendapat aku pasal benda nie.

Ada orang yg x faham ke dengan apa yg dimaksudkan dengan jilat ludah nie? Kalo xtau,sila google.

First, bagi aku benda ni terbahagi kepada dua part, di mana part ludah yg bagus untuk dijilat balik dan ludah yg x bagus untuk dijilat balik.

For the first part,biasanya part nie berlaku semasa kita dalam situasi tertentu. Dan biasanya akan berlaku x kira jantina. Biasanya berlaku sesama member, or sape-sape je. Biasalah bila kita marah,kadang-kadang benda yg x sepatutnya keluar pon akan keluar dengan selambanya dan kadang-kadang kita sendiri pon xnak benda tu keluar. Tapi apakan daya kan,bila berlaku benda macam nie,EGO yg kuat mengatakan aku x perlu mintak maaf and aku xkan gadaikan maruah aku untuk jilat balik apa yg aku dah ludah.

Bro, bagi aku la kan, xde salahnya kalau kita jilat balik ape yg kita dah ludah tu as long as benda tu akan buat situasi menjadi lebih baik. Tapi biasa la kan manusia, x macho x sah. Bagi aku la kan, bila kita memperbetulkan balik kesilapan kita, xkan hilangnya macho or kecantikan korang tu. And kalau la aku sendiri, aku akan respect orang yg lebih memuliakan perkataan MAAF dari orang yg lebih memperagungkan MACHO. Yeah absolutely. Why? Sebab korang sanggup menepikan sifat ego itu demi menjaga hati orang lain. Korang xnak ke jadi manusia yg sebaik-baik manusia? Kan sebaik-baik manusia dan dicintai Allah tu ialah orang yg paling bermanfaat kepada orang lain. Tepuk dada tanya diri sendiri. Lagipun lebih baik kita malu dengan manusia daripada malu dengan Allah esok-esok kan? (^_^)

Okeh,for the second part,biasala,setiap benda di dunia nie Allah jadikan ada pro and contra dye. Kenapa? Sebab Allah nak jadikan sesuatu benda tu cukup cantik,sempurna dan saling melengkapi. Kalau semuanya sempurna, dunia nie xkan balance. Kalau kat dunia nie hanya ada orang baik-baik je,x kan adanya polis or FRU. So,sedikit sebanyak akan meningkatkan kadar pengangguran kat dunia ni. See?? Semuanya Allah aturkan dengan sebaik-baik perancangan. Okey berbalik kepada tajuk entri nie,mesti ada jugak situasi di mana kita x sepatutnya jilat balik apa yg kita dah ludah. Bagi aku,situasi ini berlaku apabila kita betul-betul meludah air liur. X kiralah meludah ke mana,tetapi apa yg pasti janganlah sekali-kali kita jilat balik ludah kita tu. Sebab walaupun itu ludah korang sendiri,komfem korang akan muntah balik. And of course,this ludah is not a good ludah to be jilat. Hahahaha. Sapa yg baca part nie sambil makan,sila jangan imagine. =p

hahaha..tu selingan jeh okey. Apa yg sebenarnya aku nak bagitau kat sini ialah yg first part tu. Sebab ramai sangat di antara kita yg gagal untuk mengaku kesilapan sendiri. So,renung-renungkan....




#nantikan entri yg best selepas ini.. (^_^)
...bajet hot..puiiii




special day..=)

## 3 tahun yg lalu,hari pertama.....


Wahh..!! Masa yang ditunggu-tunggu telah tiba. Masa untuk bertolak ke Festival Wind Orchestra..!! Time nie la masa yang paling syok. Boleh jalan-jalan naik bas,boleh ponteng kelas. Ye la pergi orkestra nie komfem-komfem akan burn hari khamis ngan ahad. Hahaha. Tapi bila balik nanti mesti banyak homework. Adeh. Tapi xpe,kita enjoy dulu. Pergi untuk berjuang demi sekolahku yang tercinta. 


Di dalam bas,aku hanya tidur. Sebab tidur itu sangat best. Sedar-sedar jeh berhenti kat R&R ape ntah lupa dah. Aku pon turun. Mamai lagi...zZzZZ


Naik bas balik,borak-borak jap,makan cikedis yg baru beli tadi,lepas tu sambung tidur balik. Cuaca pulak hujan sedingin air embun pagi. Memang best untuk tidur. Krohhh.. Kadang-kadang tersedar sebab bas yg terhuyung-hayang or untuk sapu air liuk basi. Hahaha..*jgn imagine okeh..=p


selepas beberapa jam,kami sampai ke destinasi yg hendak dituju,Kuantan Pahang. Banyak sekolah yg dah sampai. So,jom angkut instrument bawak pergi bilik tuning. As ketua section,aku mengerah adik-adik juniorku untuk membantu abangnya ini mengangkat alat. Kerek x bunyinya? Cehh..Okeh,continue,lepas tu kami dapat tahu yg bilik tuning kami kat tingkat tiga,tingkat yg paling atas. And dorm kitorang pon kat tingkat empat,tingkat yg paling atas jugak. Adehh..


Sampai kat bilik tuning,aku tengok bilik tuning sebelah dah ada orang. Kebetulan,tahun lepas pon bilik tuning sekolah nie bersebelahan dengan bilik kami. And sememangnya hubungan sekolah aku ngn sekolah tu agak baik. Macam geng la lebih kurang. Aku and the gang pon start la mengusha sapa2 yg ada kat bilik sebelah. Sememangnya band sekolah tu terkenal ngan terdapatnya ramai awek comel. So ape lagi,skodeng sikit. Hihi..
Bukan ape,sebab ada member aku yg dah target nak bawak balik sehelai folscape paper yg penuh ngan no fon awek. Berlagak betul. Last-last habuk pon tarak. Hahaha..


Aku pulak takde la target pape,just nak tengok-tengok jeh. Tapi masa tu ada la rasa macam nak berkenalan ngn sapa-sapa dari sekolah lain. Yela ah form 5 kan masa tu. Rasa hensem tu lebih la sikit. Padahal xde lah hensem sangat kan. Tapi sweet tu ada la kot. HAkhakhak


sound check, Then okeh,semua dah letih,balik rehat pulak. Malam nie ada latihan. 


Waktu malam tiba. Practise!! Biasalah,aku and the geng(percussion) nie jenis kaki jalan sikit. Pergi kat bilik sebelah cari member sekolah sebelah. Main intai2 tengok dyorang berlatih. Tiba-tiba semua pakat tengok belakang. Sebab bising kot. Hihihi. So ape lagi,run!! Balik bilik tuning sendiri balik.


##3 tahun yg lalu,hari kedua......


Actually aku x ingat sangat flow aktiviti aku kat sana. Aku ingaat apa yg aku buat tapi aku dh x ingat the real time when it happen. Sikit-sikit jeh aku ingat. 


Hari ni sama macam semalam. Still berlatih. And aku ngan member-member suka berjalan-jalan kan. So kitorang merayau sambil cuci mata and ikut senior-senior yg datang dengan harapan dyorang akan belanja makan. Tapi hampeh. tapi x pe lah,x kisah sangat. And maybe jugak sebab nie tahun last aku ngan wind orchestra, aku nak hayati suasana nie sepenuhnya. 


Aku naik tangga,from tempat beli makanan. Nampak geng-geng sekolah sebelah baru sampai bilik tuning dyorang. Xpasti la pulak dyorang dari mana. But suddently, my eye attracted to one person that bringing a case. In my mind, a cute specky and sometimes her face looks like a chinese girl. Yes,she is a girl. But who is she? Ahh never mind. Its normal when a guy look at a cute girl. I think at that time..


But,why?? My mind always thinking about that eye? yeah specifically,that girl. And masa tu aku berazam yang aku nak kenal ngan budak tu. Alah,member budak tu kan ramai. Budak sekolah dye yg main percussion pon mesti kenal. Tapi aku x tau ape yg dia main. Macam mana aku nak mintak tolong 'adjustkan'? Nak terangkan rupa,aii susah tu. Haishh.. Nak tengok pon susah sebab dyorang berlatih membelakangi pintu. X nampak muka. Nampak muka conductor jeh. Adoi macam mana ek?? Ahh bia je lah...


the only one..




##3 tahun yg lalu,hari ketiga.....


We're on stage. Lepas tu gi jalan-jalan.....teluk chempedak,n banyak tempat lagi lah. But my mind is on that specky eye...=)




##3 tahun yg lalu,hari keempat....


Bengkel yg sangat-sangat boring. Aku keluar ngan member jap, cakap kat instructor nak pergi tandas tapi sejam. Hahaha. Boring laaaa derr.. And i still trying to find that girl again. Xtau kenapa tiba-tiba aku rasa macam berani sikit,rasa macam kalau aku jumpa je dia,aku nak terus pergi cakap ngan dia. Mengarut pulak bila fikir-fikir balik. Aku kan pemalu. Hikhikhik...And sepanjang 2 hari nie bila nampak jeh geng-geng sekolah sebelah jalan,aku cuba cari-cari budak tu. Mane tau nampak. Haha.. Tapi,hampa. Takpelah...


Malam tu,semua siap2 nak balik dah. Lepas result semua pakat naik bilik tuning nak kemas-kemas barang. And masa tu ramai la yg tengah bergambar dengan member-member dari sekolah lain,n bagi orang macam aku pulak,hanya bergambar dengan geng-geng satu sekolah je. Ye la,last year dah join orchestra. Ambik gambar banyak-banyak nak buat kenangan. And again,aku intai lagi budak sekolah sebelah. Tapi aku ajak geng la. Buat-buat macam nak berborak ngn member sekolah tu,padahal ada agenda lain. And again.x jumpa..Xpe lah..




##3 tahun yg lalu,hari kelima,hari terakhir....


Semua dah dekat bilik tuning,nak angkat alat masuk bas. Tapi adik-adik junior yg terpilih ada breifing kat dewan. So ada masa lagi la untuk aku jalan-jalan cuci mata. Hihihihi..
Dah letih jalan-jalan aku lepak jeh kat bilik tuning. Boring-boring aku keluar pergi duduk kat corridor. And misi utama still sama. And masa tu geng-geng sekolah sebelah pondah bersiap nak balik. Ramai la yg bergambar lagi sekali. And suddently,she's there. Kat depan pintu,sambil pegang case. Aku lupa pulak nak tengok case ape yg dia pegang. Alamak!! Kantoi aky tengah tengok dia. Tapi aku xtau kenapa aku tiba-tiba jadi muka x malu,terus tengok jeh walaupon dah kantoi. And nasib baik dia x baling aku ngan case tu. But,she  smile. Dia senyum kat aku. Adoii,perasaan berbunga-bunga. Hahaha..Walopon senyum kejap,aku dah over. Dalam fikiran aku,jap lagi aku nak berkenalan dengan dia.


But suddently,"Abg payed,skor snare hilang...",kata juniorku. Aku pelik,macam mana boleh hilang sedangkan semalam semua dah check,dah letak kat satu tempat masa kemas barang. Ahh sudah. And the first person yg aku ari adalah kawan aku yg main snaredrum tu. Cari punya cari x jumpa. Dan sebagai ketua section aku terpaksa pergi mengadap cikgu untuk bagitau yg satu file skor not snaredrum hilang. And yes,what i've expacted happend. Dimarah oleh cikgu.


Aku dah hilang mood,x tau kenapa haritu cepat sangat hilang mood. Mungkin sebab sikap anak buah aku yg kurang alert pasal skor tu. Lastly,aku terus naik bas,lepak atas tu sorang-sorang. Rancangan untuk aku berkenalan ngan budak tu rosak macam tu jeh. "Hmm xpe lah,xde rezeki.."-dalam hati..


Perjalanan pulang ke sekolah terasa sangat hambar pada masa tu. 
*pasang lagu sedih untuk hidupkan lagi effect sedih


AND that date is 19 APRIL...


Itulah sejarah 19 APRIL. Tarikh yg membawa aku untuk mengenali seseorang. Dan alhamdulillah,atas rezeki Allah S.W.T,aku still dapat berkenalan dengan budak tu walaupon 2 minggu wind orchestra berlalu. Semuanya kuasa Allah S.W.T,Tuhan sekalian alam. Alhamdulillah,terima kasih Ya Allah.
Bila fikir-fikir balik,aku pon rasa macam mustahil. Tapi itulah kuasa Yang Maha Esa. Dengan kuasaNya,aku dapat melihat senyuman itu lagi...

Hari nie,genap 3 tahun kami kenal. Banyak perkara yg berlaku,pahit manis semuanya bersama dia. Dan aku sangat gembira dapat berkenalan dengan dia. Dan aku harap persahabatan ini akan kekal sampai bila-bila. (^_^)

Kat sini ada sedikit coretan untuk dia...
ingatlah,kebahagiaan dia adalah kebahagiaan aku.
ingatlah,kegembiraan dia adalah kegembiraan aku.
ingatlah,kesedihan dia adalah kesedihan aku.
ingatlah,kehampaan dia adalah kehampaan aku.

 And a simple present for u, this song.. everything that i want to say is in this song...=)

 read this lyrics..:)

#happy 19 APRIL....







a day..

Assalamualaikum w.b.t..
wahhh..Hari ini merupakan hari yg sangat tragik. Dimulakan dengan kena bangun awal di hari minggu semata-mata nak pergi kerja,perjalan jauh,motor pancit,kena hujan,n macam-macam. KERJA?? ya adik-adik..

Arghh!! aku nie fail betol bab-bab nak tulis intro neh..nak tulis dua ayat pon pikir berejam..-.-"

okeh la..Sebenarnya aku kerja catering. Ala kerja yg masak-masak,kahwin-kahwin tu,serve-serve lauk,kutip pinggan tu. Yg pakai baju putih seluar hitam tu. Kerja time hari minggu yg free jeh. Biasa la,hidup sebagai student nie bukannya selalu ada masa free. So kalo ada time free sikit nie boleh la tambah duit makan sikit. Hidup as student nie susah wo..Ada PTPTN pon ase macam x cukup jeh. Lagipun aku nie bukannya berasal dari family yg senang. Aku berasal dari family yg sederhana jeh. Tetapi cukup kaya dengan kasih sayang. Alhamdulillah...nie haa FB syarikat catering yg aku kerja tu. Haa sape-sape nak kenal aku boleh la ajak catering nie untuk majlis korang. Tapi komfemesss korang tak kan layan budak catering macam aku nie nanti. Haha..ada aku kesah?? Ni haa Zanza Catering nama dye.

So bila aku belajar cari pengalaman bekerja nie,macam-macam benda yang aku dapat rasa,macam-macam jenis manusia yg aku jumpa. Ye la,walaupun nampak kecik,ala setakat pergi serve kat majlis perkahwinan orang,tapi hakikatnya macam-macam adaaa. Macam-macam pengalaman,letih,motor pancit,jalan dalam hujan. Tapi semua tu aku rasa macam kenangan yang boleh mengajar aku untuk jadi lebih kuat,lebih matang. Bukan budak manja macam kecik-kecik dulu. Sekurang-kurangnya nanti aku dapat citer kat anak cucu aku esok-esok yg kelahiran pada era 21 nie pon bukannya sesenang yg dijangka. Tapi betul la kan,tanpa kesusahan hari ini,tidak akan ada kesenangan di masa hadapan. Ape yang paling best bila kita dapat guna duit hasil dari titik peluh kita sendiri. Yes,kehidupan masa bekerja lagi susah dari belajar. Macam tu jugak lah kesusahan mak ayah kita cari rezeki untuk bagi kita makan.

meh nak cerita sikit ape yg aku dapat tengok. Sapa xnak tau,tutup komputer campak ke laut sekarang..


"dik,mintak air basuh tangan dik. Dah habis laa..".-sambil senyum

"ok kejap ek............nah,nie air.."

"terima kasih ye dik.."-sambil tersenyum lagi..

haa,yang nie aku suka. Ada jugak la orang panggil aku adik. Rase macam muda wehh..Tambah pula ramai yg jenis suka senyum,berterima kasih. Dan biasanya golongan nie golongan yg mungkin sedikit berumur. Tapi ada jeh yg muda-muda pon buat macam nie..Yes,aku suka macam nie n aku pasti akan senyum kalau orang senyum.

"bang,tisu ada x? tolong ambikkan tisu boleh x? "-sambil senyum jugak..

aih x kan dye x nampak tisu dekat tepi tempat ambik lauk tadi..saje je nie..tapi xpe lah..

"ada-ada.. Kejap ek.."-wa pon senyum laa..hikhik

"nah..nie tisu.."

"terima kasih bang.."-senyum lagiiii..ahaiii..:p

kalau nak tau,biasanya golongan nie yg muda-muda sikit la. And perempuan. Agak-agak ape modus operandi beliau? Hahaha..aku x kan kasi kalo beliau mintak no fon aku. Nanti cik eity aku marah. Kahkahakh..
aku buat derk je..=p
#sekali sekala perasan..

And tadi aku dapat satu soalan bonus..

"err catering ek..?"-juga ditanya oleh seorang wanita

"ape?? a'ah..."-jawabku..

"ooo,ada tisu x? boleh tolong ambikkan x?"

"boleh-boleh..jap ek.."

aku tau,dye x percaya sebenarnya hensem-hensem macam aku keje catering. Dia was-was. Pekerja ke pengantin nie..

HAHAHAHA..

yang sombong pon apa kurangnya. Ada jeh....ye la setakat budak catering jeh,sape la nak layan..haktuii

okeh,tu selingan je h sebenarnya. Ape yg aku nak citer sebenarnya ialah ape yg aku dapat perhatikan sepanjang majlis tu berlangsung. Mungkin aku diberi anugerah oleh Allah s.w.t untuk banyak berfikir tentang benda di sekeliling aku. So mase aku tengok sesuatu majlis kahwin tu,kadand-kadang aku terfikir,,,

-bagus ke majlis kahwin nie ada karaoke-karaoke bagai nie? Yela,mungkin dapat melalaikan kita. Bagaimana dengan hasil bayaran sewa set karaoke tu? Halal ke deejay tu makan? Tambah pulak sampai lupa nak semayang. Haishh..Tapi tu la,berkopiah macam mana pun tuan rumah tu,mesti ada bab-bab karaoke nie. Pastu ada pulak wanita yg nyanyi. Makcik-makcik pon join sama. Aurat? Haishh..berkat??

-menepung tawar,bersanding-sanding..? Tapi kita tau kan amalan bersanding nie amalan orang bukan Islam. Tapi kenapa dyorang nie buat jugak? Ya,still keluarga yg bagus-bagus pon still buat sanding-sanding nie. Mungkin sebagai kenang-kenangan katanya. Kecundang..nauzubillah..Ada keberkatan ke?
ce check sini.

-gejala pembaziran. Yang nie kat tiap-tiap majlis yg aku pergi pon mseti ada. Yang nie la benda paling sedih yg aku rasa bila kutip pinggan para tetamu yg datang. Serius aku cakap,aku x sampai hati nak bung makanan yg belum bersentuh dibuang macam tu jeh. Da tau x habis makan banyak,ambik la sikit jeh. Kalo sikit okey la jugak tapi yg dibuang lebih banyak dari yg dimakan. Sampai 3 4 plastik hitam sisa makanan. 
Ada keberkatan ke majlis kita tu?

-haaa yg nie benda yg paling annoying..PLEASE!!!  tolong la jangan basuh tangan korang dalam pinggan nasik korang tu ye.. serius susah wa nak angkat nanti. Siap tumpah-tumpah lagi kat baju wa. Sedih tu baju wa mahal-mahal,lawa-lawa. Baju putih kosong pon mahal wei. Tambah pulak susah nak basuh nanti kalo kena kuah. Baru lepas melepaskan keringat memberus baju tadi. HUHUHU..aku pon pernah buat dulu. And bila aku sendiri yg rasa barulah aku tau penangannya.

hmm,ntah laaa...tapi dengan tu,aku mula berazam yg insyaAllah,majlis aku nanti xkan ada benda-benda yg macam nie. Aminn..hikhikhik

okeylah,dah letih nie. Nak rest la pulak.

okeh, Assalamualaikum..

#carilah keberkatan dengan meninggalkan yg tidak berkat 100%. Ingat,100%...


#ingat nak beli kasut ngan duit gaji..hikhik..kasut wa dah uzur nampaknya....ada sapa-sapa nak sponsor??




welcome back!!

Assalamualaikum w.b.t..

okeh...sekarang sume boleh gelak kat aku sebab aritu cakap dah xnak update blog tapi x sampai sebulan update balik. Tapi x payah la nak gelak lama-lama kan sampai tergolek-golek sambil goyang kaki ke atas kan. Terguris hati ni nanti...-.-"

YES!! seriusly, i think i need my blog back...

u want to know why?? Meh aku nak habaq sikit...

Aku bukan ape, aku sebenarnya kesian dengan awek aku sorang nie. Dah macam orang mati anak dah aku tengok gara-gara aku cakap yg aku dah x mau update blog. Siang malam duk nangis jeh. Sebagai seorang lelaki yg gentlement ala-ala Boboiboy,mesti la aku kesian kan. Kang kalo x kesian dye lari pergi Thailand n madukan aku pulak. X sanggup cheeeq..

ni haaa..
*
*
*
*
*
*
*


Tapi time dye cakap ngan aku,dye x tunjuk pon muka sedih macam nie. Saje nak control la kot. Padahal aku tau tiap-tiap hari dye nangis. Mane aku tau? Alaaa,Kerana Kapur tu kawan aku kot. Kawan kat pesbuk. Tapi dye roomate ngan Itiey aku nie. So, aku upah choki-choki kat si Nana nie suruh tengok-tengokkan awek aku ni. Alih-alih,si Nana nie mengadu kat aku yg choki-choki dye selalu abis kena kebas ngn awek aku sebab nak pujuk xnak kasi nangis tengah-tengah malam. Yang peliknya,dye x nak benda lain. Nak choki-choki tu jugak. Mungkin dye jeles kot. Lepas tu saje je xnak bagi si Nana nie makan benda yg aku bagi. Tapi macam mane dye boleh tau??

 Adehh...Biasalah,aku ngan Itiey aku nie hubungan jarak jauh. So,melalui blog je lah dye boleh tau perkembangan aku. Gambo nie pon aku mintak tolong Nana yg snap. Sori gambo blur sebab Nana nak cover xnak bagi kantoi ambik gambo cik Itiey tengah nangis.
Abih bergetor tangan si Nana macam kena alzheimer.. Hakhak..

Time skype ngan aku hari tu nie haaa..Siap ugut aku lagi....
*
*
*
*
*
*
*
#time marah-marah pun sempat keluar jugak lesung pipit dye..

aku pun jawab la. "Cheq,cheq....errr..suka hati cheq la blog cheq..!",
konon-konon aku pulak yg termerajuk laa..

lalu kuhempas ganggang telifon..berdecingg!!! jatuh balance syiling 30sen...
penuh drama..

Eh macam zaman dulu-dulu pulak. Ye la,pakai publicfon la katakan..
Tapi publicfon sekarang bukan macam dulu. Sekarang dah ada skype sekali. Tu yg keluar gambar sekali tuu..Sape kate xde? Ada je belakang umah aku..

p/s: saya xde laptop.. :'(

haa lepas tu mula la menyesal. Dye ingat cheq xtaw..
*
*
*
*

lepas tuu...
*
*
*
*

hahh bila dye pujuk aku balik sambil berlatar belakangkan lagu ombak rindu,memang aku susah nak hampakan cik Itiey neh. So,aku pon mengalah laa. Ye la,tambah pulak cik Itiey nie pandai main ayat..

Dye cakap macam nie,"Hang jgn la duk merajuk lama-lama. Buruk orang laki merajuk nie. Kang cheq gi cari mat bangla kang,melalak hang kat situ..haaa..".
Aish,x boleh jadi nie,dye main buruk-buruk,bangla bagai. Sebagai seorang lelaki yg berwibawa,mestilah cheq tercabaq. Pantang tau main buruk-buruk nie. Huuuhh..=.=!
So,demi cik Itiey terchenta,aku ase aku nak ambik balik la blog aku nie. 


"dah-dah la mengarut tuu.."


sape sound aku tu??? berani-beraninya dikau...
yelaaa..nak stop dah nie..
hehehehe..

**************************************************************
Sayang sebenarnya blog nie neh.. So aku rase aku perlukan balik blog nie,sebab yg sebenarnye ialah...
sebab aku rasa dengan blog nie aku boleh jadi lebih rilek,santai,and the most important is ada tempat aku nak mengarut..

so lepas nie akan diperbanyakkan entri-entri yg boleh menggeletek tapak kaki si pembaca sampai menendang-nendang ke dinding. Biarlah xde orang yg baca pon,tapi sekurang-kurangnya bila aku sendiri yg baca,aku boleh gelak sampai tergolek-golek ke ladang gandum. Ade aku kesah?? Tapi macam kurengg jeh..sendiri buat entri,sendiri baca,sendiri gelak..
kemushkilan terhadap diri sendiri melanda..
hehhhhhhh...


okeylah..dah letih menaip,.


~~serius x comel kucing nehh...