Pages

jika sentiasa..

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Salahkah aku, 
 jika sentiasa menyukai dia..
jika sentiasa mengingati dia..
 jika sentiasa merindui dia..
jika sentiasa menjadikan dia permaisuri di hati..
jika sentiasa mahukan yang terbaik untuk dia..
 jika sentiasa mahu jadi yang terbaik untuk dia..
jika sentiasa mahu berikan yang terbaik untuk dia..
jika sentiasa ingin belajar untuk jadi yang terbaik untuk dia..
jika sentiasa ingin bertaaruf dengan dia..
jika sentiasa ingin tahu tentang dia..
 jika sentiasa ingin menjaga dia..
jika sentiasa ingin dia ada..
jika sentiasa ingin berbual dengan dia..
jika sentiasa bersemangat kerana dia..
jika sentiasa ingin berubah menjadi seorang yang lebih berjaya kerana dia..
jika sentiasa cemburu dengan orang lain kerana dia..
jika sentiasa tidak mahu orang lain berada di hati dia..
jika sentiasa ingin setia dengan dia..
 jika tidak mengimpikan orang lain selain dia..
 jika sentiasa bercita-cita ingin berzaujahkan dia..
 jika sentiasa ikhlas menyayangi dia..
jika sentiasa berharap..


Sedangkan aku tahu, aku bukan yang terbaik..
Sedangkan aku tahu, ramai yang ingin memiliki dia sepertiku..
Sedangkan aku tahu, aku pernah menyakiti hatimu..
Sedangkan aku tahu, aku mungkin hanya mengelamun..
Sedangkan aku tahu, aku mungkin tidak ada di hatimu..
Sedangkan aku tahu, dia mungkin mempunyai rasa yang sebaliknya dari rasa hatiku..
Sedangkan aku tahu, aku mungkin tidak kuat untuk menerima jika suatu hari hatinya bukan padaku..
Sedangkan aku tahu, aku mempunyai seribu satu sebab untuk melepaskan dia tetapi aku berpegang hanya pada satu alasan untuk terus berjuang..
Sedangkan aku tahu, dia bukan milikku..
Sedangkan aku tahu, semuanya ketentuan Tuhanku..


Ya Allah, jika benar dia untukku, tetapkanlah hatinya dan hatiku..
Tetapi jika sebaliknya, makbulkanlah permintaanku, doaku.....
Iaitu jadikanlah dia teman hidupku..
Kerana aku juga tahu, Qada dan Qadar boleh diubah dengan doa dan usaha, 
Juga dengan izin-Mu..

Ya Allah, jika apa yang aku rasa ini adalah salah, bimbinglah aku, peganglah aku, pimpinlah aku, supaya aku tidak terpesong, tersesat sehingga lupa kehadiranMu..

Namun, jika apa yang aku rasa ini adalah tidak salah, janganlah engkau biarkan aku melebihkan "sentiasa" ku kepada dia melebihi "sentiasa" ku kepadaMu..


Dan sebagai pengakhiran, aku berharap padaMu, seandainya suatu hari nanti perkara yang paling tidak aku ingini terjadi iaitu melepaskan dia, kuatkanlah hatiku..
jangan biarkan aku menangis, jangan biarkan aku sedih..dan tolong, tolong berikan kebahagian kepada dia, dan kepada aku juga...

Aminn..


Ya Allah..Seandainya telah engkau catatkan dia milikku, tercipta buatku, satukanlah hatinya dengan hatiku. Titipkanlah kebahagian antara kami agar kemesraan itu abadi. Seandainya engkau takdirkan dia bukan milikku, gantikanlah yang telah hilang, tumbuhkanlah kembali yang telah patah, walaupun tidak sama dengan dirinya.
 Ya Allah Ya Tuhanku, pasrahkanlah aku dgn takdirmu. Sesungguhnya apa yg telah Engkau takdirkan adalah yang terbaik buatku. Ya Allah, Engkau saja yg maha mgetahui...



dia..





Celaka..



Bismillah...



na'uzubillah...semoga aku tidak tergolong dalam golongan yang celaka ini..
aminn..




#salam Ramadhan...(^_^)




Aurat Lelaki

Assalamualaikum w.b.t..
Selepas entri sebelum ini yg sedikit mengarut, hari ini aku nak share sesuatu yg mungkin dipandang ringan oleh ramai orang. Aurat lelaki. LELAKI. Lelaki pun ada aurat. Bukan wanita je. Asyik wanita je yg dapat nasihat or kena tegur,nah ambik ni untuk kaum-kaum adam pulak. Yela,banyak aku tengok ramai yg share pasal aurat wanita jeh. Asyik wanita jeh yg kena sound. Aurat lelaki nie jarang orang ambik peduli. Ya mungkin kerana aurat wanita lebih banyak or merbahaya dari lelaki. Tapi kena ingat,perintah menutup aurat nie datangnya dari Allah....



Sekadar peringatan untuk diri sendiri dan saudara sesama Islam yg lain. Sesungguhnya semua yg baik itu datangnya dari Allah s.w.t dan yg kurang baik itu dari diri ini sendiri, tetapi hakikatnya semuanya adalah dariNya.

sumber gambar : facebook


Lelaki = Bola Sepak vs Wanita

1st case : (situasi : nak pergi tengok bola)

"Weh jom turun. Game dah nak start tuu. Nanti xde tempat pulak....".

"Kau gerak dulu. Ada hal jap.Hehehe...Copkan satu tempat untuk aku...",sambil pegang handfon or laptop.

"Awek la nie..hmm Okeh..."

///selepas 1st half : 

"Berapa dah? Sapa score? "     *baru sampai..

"Dah kena 2-0 dah..Nie sume sebab kau turun lambat r nie. Kata die hard fan. Cehh.."

"Hehehe sorry2..Ada masalah rumah tangga sikit.."

"Rumah tangga la sangat. Letih aku jaga tempat kau. Dah dekat 30 org tanye kosong ke x. And 30 kali jugak la aku jawab ada orang.."

"Hahaha..meh aku blanja horlick ais.."

"Haaa bagus jugak tu.. Kalau ada keropok ke lagi cun..haha"

"Yelaa.."


2nd case : 

//call
"Hello..Kau kat mana? Main futsal jom. Budak-budak dah ramai nie.."

"Weh sorry ar..Aku kat luar nie..Hehehe.."

"Aku tauuuuu...... kau kat McD kan? Stadi ke? Hahaha.."

"Hahaha sapa bagitau?"

"Adalah budak-budak nie. Budak-budak nie dah bajet yg kau xde kat dalam kampus. Xpe lah,jaga anak orang tu leklok. Tengah malam dah nie bro..kirim salam ah kat dye.."

"Hahaha..okay2..sorry weh xdpt join.."

"Okeh..xde hal llah..".         *susah betul orang 'ada tanggungjawab' nie... 
//letak fon

"Camne? Betul kan aku cakap yg dye keluar.."

"A'ahh.."

"Aish nak ajak lepak pon susah bila dah ada awek nie. Dulu selalu jeh lepak ngn kita. X kan miss punye main futsal.."

"Biarlah dye..Asal dye bahagia. Alah kalau kau ada awek kt sini pon mesti sama jugak kan..? Haha.."

"Ehh aku pulak. Tapi ntah la..Maybe kot.. Hahahaha..Dah kau tu?? "

"Eh aku xpe. Aku selalu bawak awek aku. Time main futsal pon dye join sekali..Kau je yg x nampak..haha"

"Ehh mana mana?? Kau bela.....hann... "

"ishhh...Dalam hati aku nie la..x kan dalam poket pulak..Kang lemas anak orang. Kehkehkeh.."

"Haduuwwww...eceyyy"

"Hahaha..jom ah main. Budak2 tu pon dari tadi tunggu kita.."


football explained to women..komfem x jatuh pakai boot nie
jeng jeng jeng....

Itulah kenyataannya. Bila seorang lelaki terpaksa memilih di antara bola sepak dan wanita,dia akan memilih wanita. Sama la macam aku. Aku pun peminat bola sepak jugak. Minat giler2 ah. Tapi bila mama aku x bagi aku pergi main bola or tengok bola sampai tengah malam,aku akur jeh sebab aku tau kalau buat muka sedih pon dye x kan layan. Tapi tu masa kecik la. Sekarang dah besar,dah pandai fikir mana baik mana buruk kan. Tapi bukan nie yg aku nak cerita sebenarnya. Wanita yg dimaksudkan kat title tu bukan la ibu kita tapi wanita lain. Maaf ma,anak ma curang jap ngan ma Nak cerita pasal wanita lain jap eh. Hiihihi..Jangan x masak nasi pulak malam nie....*malu pulok ase nak cakap pasal nie. Tapi x pe ah. Letih2 dah tulis panjang2 kat atas tu...think positif!! sekali sekala buat entri mcm ni x salah kan..=p


Okeh berbalik kepada tajuk asal, kenapa agaknya ek? Kenapa lelaki lebih memilih wanita berbanding minat dyorang. Bagi aku hanya ada satu sebab dye. Sebab yg satu tu benyawa dan satu lagi x bernyawa. Dan semestinya yg bernyawa perlu diberi perhatian. Dalam erti kata lain,kalau aku tengok bola ke x,xde effect pon kat aku. Player jugak yg dapat gaji. Menang kalah tu pon xde effectnye kat aku. Eh mungkin ada sedikit effect bila pergi kuliah pagi esok. Kalau team kalah bersedialah untuk dimaki. Kalau menang best la. Tapi lain pulak kalau x hiraukan yg satu lagi tu. Haaa alamatnye jimatlaaa topap kau seminggu.

Or adakah lelaki tu penakut? Hahaha..yg nie aku x tau la. Tapi mungkin jugak. Takut kehilangan. Team bola yg kita sokong komfem2 xkan hilang kan. Tapi yg satu tu boleh hilang bila2 masa jeh kalau x jaga elok-elok. See, ada dua perbezaan di situ. And aku pernah berdepan situasi di mana ada member aku gaduh dengan awek dye sebab dye x balas mesej masa tengok bola. Haa pandai-pandai la fikir macam mana agak-agak situasi nak tengok bola sambil tengok mesej. Mata ikan pon x dapat buat macam tu walaupun mata dye sebelah-sebelah. Or adakah salah seorang perlu beralah dan memahami?

Tapi ingat,semua benda ada penyelesaiannya dengan izin-Nya. So pandai-pandai la fikir sendiri macam mana nak buat. Nak handle dua benda nie,macam pepatah tarik rambut dalam tepung,rambut x bagi putus,tepung x bagi berselerak. Try fikirkan macam mana kita nak dapatkan semua benda tanpa perlu mengorbankan salah satu. X kan tu pun aku nak ajar. Kehkehkeh..

Aku pernah baca ada sorang mamat nie dye twit kat twitter," A real man will fight about football,not a woman,." Haa macam tu lah lebih kurang twit dye. Aku pon x ingat yg sebetulnya macam mana. Paham kan macam mana maksud dye? Aku pun setuju dengan apa yg dye cakap. Tapi.....

how about..

"A real man will fight about football..But a real man will killing about a woman"

aihh kata lautan api sanggup direnangi. Mana?? Mana??? Hahahaha..
But think positive..jangan fikir bukan-bukan. Kita orang Islam. Sekadar suka-suka buat quote boleh la..=)



wewitttt..wa sayang Chelsea FC wa,,Tapi cik PZ wa pon wa sayang..:p

p/s: akhirnya ada jugak idea nak update blog..^_^





There was an error in this gadget