Pages

jika sentiasa..

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Salahkah aku, 
 jika sentiasa menyukai dia..
jika sentiasa mengingati dia..
 jika sentiasa merindui dia..
jika sentiasa menjadikan dia permaisuri di hati..
jika sentiasa mahukan yang terbaik untuk dia..
 jika sentiasa mahu jadi yang terbaik untuk dia..
jika sentiasa mahu berikan yang terbaik untuk dia..
jika sentiasa ingin belajar untuk jadi yang terbaik untuk dia..
jika sentiasa ingin bertaaruf dengan dia..
jika sentiasa ingin tahu tentang dia..
 jika sentiasa ingin menjaga dia..
jika sentiasa ingin dia ada..
jika sentiasa ingin berbual dengan dia..
jika sentiasa bersemangat kerana dia..
jika sentiasa ingin berubah menjadi seorang yang lebih berjaya kerana dia..
jika sentiasa cemburu dengan orang lain kerana dia..
jika sentiasa tidak mahu orang lain berada di hati dia..
jika sentiasa ingin setia dengan dia..
 jika tidak mengimpikan orang lain selain dia..
 jika sentiasa bercita-cita ingin berzaujahkan dia..
 jika sentiasa ikhlas menyayangi dia..
jika sentiasa berharap..


Sedangkan aku tahu, aku bukan yang terbaik..
Sedangkan aku tahu, ramai yang ingin memiliki dia sepertiku..
Sedangkan aku tahu, aku pernah menyakiti hatimu..
Sedangkan aku tahu, aku mungkin hanya mengelamun..
Sedangkan aku tahu, aku mungkin tidak ada di hatimu..
Sedangkan aku tahu, dia mungkin mempunyai rasa yang sebaliknya dari rasa hatiku..
Sedangkan aku tahu, aku mungkin tidak kuat untuk menerima jika suatu hari hatinya bukan padaku..
Sedangkan aku tahu, aku mempunyai seribu satu sebab untuk melepaskan dia tetapi aku berpegang hanya pada satu alasan untuk terus berjuang..
Sedangkan aku tahu, dia bukan milikku..
Sedangkan aku tahu, semuanya ketentuan Tuhanku..


Ya Allah, jika benar dia untukku, tetapkanlah hatinya dan hatiku..
Tetapi jika sebaliknya, makbulkanlah permintaanku, doaku.....
Iaitu jadikanlah dia teman hidupku..
Kerana aku juga tahu, Qada dan Qadar boleh diubah dengan doa dan usaha, 
Juga dengan izin-Mu..

Ya Allah, jika apa yang aku rasa ini adalah salah, bimbinglah aku, peganglah aku, pimpinlah aku, supaya aku tidak terpesong, tersesat sehingga lupa kehadiranMu..

Namun, jika apa yang aku rasa ini adalah tidak salah, janganlah engkau biarkan aku melebihkan "sentiasa" ku kepada dia melebihi "sentiasa" ku kepadaMu..


Dan sebagai pengakhiran, aku berharap padaMu, seandainya suatu hari nanti perkara yang paling tidak aku ingini terjadi iaitu melepaskan dia, kuatkanlah hatiku..
jangan biarkan aku menangis, jangan biarkan aku sedih..dan tolong, tolong berikan kebahagian kepada dia, dan kepada aku juga...

Aminn..


Ya Allah..Seandainya telah engkau catatkan dia milikku, tercipta buatku, satukanlah hatinya dengan hatiku. Titipkanlah kebahagian antara kami agar kemesraan itu abadi. Seandainya engkau takdirkan dia bukan milikku, gantikanlah yang telah hilang, tumbuhkanlah kembali yang telah patah, walaupun tidak sama dengan dirinya.
 Ya Allah Ya Tuhanku, pasrahkanlah aku dgn takdirmu. Sesungguhnya apa yg telah Engkau takdirkan adalah yang terbaik buatku. Ya Allah, Engkau saja yg maha mgetahui...



dia..





Celaka..



Bismillah...



na'uzubillah...semoga aku tidak tergolong dalam golongan yang celaka ini..
aminn..




#salam Ramadhan...(^_^)




Aurat Lelaki

Assalamualaikum w.b.t..
Selepas entri sebelum ini yg sedikit mengarut, hari ini aku nak share sesuatu yg mungkin dipandang ringan oleh ramai orang. Aurat lelaki. LELAKI. Lelaki pun ada aurat. Bukan wanita je. Asyik wanita je yg dapat nasihat or kena tegur,nah ambik ni untuk kaum-kaum adam pulak. Yela,banyak aku tengok ramai yg share pasal aurat wanita jeh. Asyik wanita jeh yg kena sound. Aurat lelaki nie jarang orang ambik peduli. Ya mungkin kerana aurat wanita lebih banyak or merbahaya dari lelaki. Tapi kena ingat,perintah menutup aurat nie datangnya dari Allah....



Sekadar peringatan untuk diri sendiri dan saudara sesama Islam yg lain. Sesungguhnya semua yg baik itu datangnya dari Allah s.w.t dan yg kurang baik itu dari diri ini sendiri, tetapi hakikatnya semuanya adalah dariNya.

sumber gambar : facebook


Lelaki = Bola Sepak vs Wanita

1st case : (situasi : nak pergi tengok bola)

"Weh jom turun. Game dah nak start tuu. Nanti xde tempat pulak....".

"Kau gerak dulu. Ada hal jap.Hehehe...Copkan satu tempat untuk aku...",sambil pegang handfon or laptop.

"Awek la nie..hmm Okeh..."

///selepas 1st half : 

"Berapa dah? Sapa score? "     *baru sampai..

"Dah kena 2-0 dah..Nie sume sebab kau turun lambat r nie. Kata die hard fan. Cehh.."

"Hehehe sorry2..Ada masalah rumah tangga sikit.."

"Rumah tangga la sangat. Letih aku jaga tempat kau. Dah dekat 30 org tanye kosong ke x. And 30 kali jugak la aku jawab ada orang.."

"Hahaha..meh aku blanja horlick ais.."

"Haaa bagus jugak tu.. Kalau ada keropok ke lagi cun..haha"

"Yelaa.."


2nd case : 

//call
"Hello..Kau kat mana? Main futsal jom. Budak-budak dah ramai nie.."

"Weh sorry ar..Aku kat luar nie..Hehehe.."

"Aku tauuuuu...... kau kat McD kan? Stadi ke? Hahaha.."

"Hahaha sapa bagitau?"

"Adalah budak-budak nie. Budak-budak nie dah bajet yg kau xde kat dalam kampus. Xpe lah,jaga anak orang tu leklok. Tengah malam dah nie bro..kirim salam ah kat dye.."

"Hahaha..okay2..sorry weh xdpt join.."

"Okeh..xde hal llah..".         *susah betul orang 'ada tanggungjawab' nie... 
//letak fon

"Camne? Betul kan aku cakap yg dye keluar.."

"A'ahh.."

"Aish nak ajak lepak pon susah bila dah ada awek nie. Dulu selalu jeh lepak ngn kita. X kan miss punye main futsal.."

"Biarlah dye..Asal dye bahagia. Alah kalau kau ada awek kt sini pon mesti sama jugak kan..? Haha.."

"Ehh aku pulak. Tapi ntah la..Maybe kot.. Hahahaha..Dah kau tu?? "

"Eh aku xpe. Aku selalu bawak awek aku. Time main futsal pon dye join sekali..Kau je yg x nampak..haha"

"Ehh mana mana?? Kau bela.....hann... "

"ishhh...Dalam hati aku nie la..x kan dalam poket pulak..Kang lemas anak orang. Kehkehkeh.."

"Haduuwwww...eceyyy"

"Hahaha..jom ah main. Budak2 tu pon dari tadi tunggu kita.."


football explained to women..komfem x jatuh pakai boot nie
jeng jeng jeng....

Itulah kenyataannya. Bila seorang lelaki terpaksa memilih di antara bola sepak dan wanita,dia akan memilih wanita. Sama la macam aku. Aku pun peminat bola sepak jugak. Minat giler2 ah. Tapi bila mama aku x bagi aku pergi main bola or tengok bola sampai tengah malam,aku akur jeh sebab aku tau kalau buat muka sedih pon dye x kan layan. Tapi tu masa kecik la. Sekarang dah besar,dah pandai fikir mana baik mana buruk kan. Tapi bukan nie yg aku nak cerita sebenarnya. Wanita yg dimaksudkan kat title tu bukan la ibu kita tapi wanita lain. Maaf ma,anak ma curang jap ngan ma Nak cerita pasal wanita lain jap eh. Hiihihi..Jangan x masak nasi pulak malam nie....*malu pulok ase nak cakap pasal nie. Tapi x pe ah. Letih2 dah tulis panjang2 kat atas tu...think positif!! sekali sekala buat entri mcm ni x salah kan..=p


Okeh berbalik kepada tajuk asal, kenapa agaknya ek? Kenapa lelaki lebih memilih wanita berbanding minat dyorang. Bagi aku hanya ada satu sebab dye. Sebab yg satu tu benyawa dan satu lagi x bernyawa. Dan semestinya yg bernyawa perlu diberi perhatian. Dalam erti kata lain,kalau aku tengok bola ke x,xde effect pon kat aku. Player jugak yg dapat gaji. Menang kalah tu pon xde effectnye kat aku. Eh mungkin ada sedikit effect bila pergi kuliah pagi esok. Kalau team kalah bersedialah untuk dimaki. Kalau menang best la. Tapi lain pulak kalau x hiraukan yg satu lagi tu. Haaa alamatnye jimatlaaa topap kau seminggu.

Or adakah lelaki tu penakut? Hahaha..yg nie aku x tau la. Tapi mungkin jugak. Takut kehilangan. Team bola yg kita sokong komfem2 xkan hilang kan. Tapi yg satu tu boleh hilang bila2 masa jeh kalau x jaga elok-elok. See, ada dua perbezaan di situ. And aku pernah berdepan situasi di mana ada member aku gaduh dengan awek dye sebab dye x balas mesej masa tengok bola. Haa pandai-pandai la fikir macam mana agak-agak situasi nak tengok bola sambil tengok mesej. Mata ikan pon x dapat buat macam tu walaupun mata dye sebelah-sebelah. Or adakah salah seorang perlu beralah dan memahami?

Tapi ingat,semua benda ada penyelesaiannya dengan izin-Nya. So pandai-pandai la fikir sendiri macam mana nak buat. Nak handle dua benda nie,macam pepatah tarik rambut dalam tepung,rambut x bagi putus,tepung x bagi berselerak. Try fikirkan macam mana kita nak dapatkan semua benda tanpa perlu mengorbankan salah satu. X kan tu pun aku nak ajar. Kehkehkeh..

Aku pernah baca ada sorang mamat nie dye twit kat twitter," A real man will fight about football,not a woman,." Haa macam tu lah lebih kurang twit dye. Aku pon x ingat yg sebetulnya macam mana. Paham kan macam mana maksud dye? Aku pun setuju dengan apa yg dye cakap. Tapi.....

how about..

"A real man will fight about football..But a real man will killing about a woman"

aihh kata lautan api sanggup direnangi. Mana?? Mana??? Hahahaha..
But think positive..jangan fikir bukan-bukan. Kita orang Islam. Sekadar suka-suka buat quote boleh la..=)



wewitttt..wa sayang Chelsea FC wa,,Tapi cik PZ wa pon wa sayang..:p

p/s: akhirnya ada jugak idea nak update blog..^_^





zaman sekolah..

Assalamualaikum w.b.t

Seriusly,aku rindu zaman sekolah aku. Zaman nerd,zaman budak-budak baru nak up. Lately,aku banyak habiskan masa cari gambar-gambar kenangan masa zaman sekolah dulu. Kobek-kobek facebook member,laptop,tapi sayangnya banyak gambar aku yg dah hilang sebab 'ter'format hard disk sebelum nie. Sayu hati ini. (-.-)

Seriusly, aku rindu.......

-zaman berbaju kemeja putih berseluar hijau
-zaman berneck tie rapat ke anak tekak, berkasut kulit hitam segak bergaya
-zaman berbaju melayu putih bersamping hijau ke masjid, berbaju batik biru 
-menangis di public fon sebab homesick (time form 1 jeh)
-dibuli oleh senior,kena merangkak di bawah katil,tiup kipas sampai berhenti,tembak lampu sampai pecah,menyanyi,mengurut,gosok baju,ambik air bergelen-gelen,berbotol-botol kat dewan makan sebab bising dalam dorm. Dan aku masih ingat bila aku juz isi sikit jeh air masak,tapi selebihnya air paip dan air liur. Sorry senior..hahha
-mandi kolah
-mencari air satu sekolah kalo xde air kt asrama
-pergi sekolah setiap hari
-pergaduhan di perhimpunan sebab ada orang kentut tapi x nak mengaku n buat senyap jeh.
-saat pkHem wish birthday setiap bulan di perhimpunan
-menyanyi lagu Negaraku,lagu sekolah
-saat warden announce dorm yg x berapa nak kemas untuk balik semula ke asrama dan menerima 'hadiah' di sana.
-saat warden announce nama sapa yg x pergi kelas mengaji
-tidur dalam kelas
-x siap kerja BM
-balik sekolah awal kalau cikgu ada meeting
-berlari ke dewan makan masa makan tengahari sebab xnak berebut. Masa nie la peperangan biasa berlaku sehingga nasi bertaburan di atas kepala. Tapi bila dah jadi senior x risau sebab boleh potong line. Sorry adik-adik. Aku tau masa korang jadi senior korang buat jugak.
-panjat koridor
-ponteng prep petang
-kena kejar dengan cikgu sebab lambat pergi prep,pakai stokin kat tangga sambil berlari
-pergi prep petang tapi tido
-main bola kat padang
-baju,stokin,selipar jepun kena rembat
-berlari berkain pelikat ke masjid dikejar pkHem
-berjemaah di masjid masa maghrib ngn isya'..kadang-kadang ponteng
-suruh adik-adik mengurut
-skodeng muslimah..*aku x buat.. kehkeh
-kena kejut subuh dengan rotan..*aku jarang kena..kadang-kadang..
-baju kau baju aku,baju aku baju kau,barang aku barang kau,barang kau barang aku jugak
-pergi mintak syiling dengan adik-adik sebab nk bergayut
-suruh junior belanja meggi
-buli adik-adik surh pergi ambik air. Tapi yg pasti aku suruh dye minum dulu sikit. Lepastu suruh bersih dorm pulak,suruh menari..macam-macam lahh
-tidur atas katil double-dacker. Tidur double bila dengar ada orang jumpa hantu
-cakap yg sekolah nie macam jail. X nak balik sekolah kalau cuti
-n macam-macam lagi lah.............................................



aku dulu pustakawan jeh. X boleh jadi prefect sebab aku baik sangat. And lagi satu,aku kan ulat buku..kehkehkeh  

Haihh kalau nak cerita memang x habis.
Tapi tu la kenyataanya. Zaman sekolah adalah zaman yg banyak mengajar untuk jadi seorang yg matang.
Aku ingat lagi kata-kata seorang senior selepas dye buli aku.

"Rilek ahh.. Benda nie akan jadi kenangan kat korang bila korang dah habis sekolah nanti. And kenangan untuk geng-geng aku jugak. Nah ambik mentos sebijik sorang...hahaha".

.....siap bagi mentos agi lepas buli bagai nak gila..

Yes,and now,aku dapat rasa semua tu. Semuanya hanya tinggal kenangan manis walaupon masa tu kita rasa tu la benda paling pahit yg pernah berlaku dalam hidup kita.





p/s : Always remember from where you come and who make you up..(^_^)






.s.m.o.k.e.


popeye the sailorwoman..popp popp

Assalamualaikum w.b.t..
Hari ni aku nak cakap sikit pasal smoking. Aku rasa aku belum pernah buat entri pasal nie. Kalau ada pon mungkin kali ni lebih banyak pendedahan yang membolehkan kita sama-sama ambik iktibar mengenainya. Ayat macam skema budak nerd. CEhhh..

Banyak benda yang aku nak cakap pasal benda nie sebenarnya. Dan mungkin pasal apa aku nak cakap ramai yang perasan tapi buat-buat x perasan. Because i'm a boy. Tapi angan cakap perempuan xde yg smoke k. Aku pernah kerja ngn bos wanita yg smoke. Tapi dye baik jeh. And i have a lot of friends yang smoking. Tapi sebelum tu,ada sapa-sapa yang x tau smoking tu ape? Smoking nie macam nie,apa kata korang ambik duit RM10,lepas tu gulung,letak kat mulut,lepas tu bakar,lepas tu hisap asap dye. Haa macam tu la lebih kurang. Ada jugak aku pernah dengar orang buat spekulasi pasal smoking nie, dye cakap macam letak mulut  dekat ekzos kereta,lepastu isap asap dye. Pedihh..Tapi tu bukan aku cakap k,orang lain yang cakap.

Okeh,kita mula dengan sebab smoking nie. Ada banyak sebab seseorang tu boleh start smoking and yang paling ketara yang aku rasa ialah sebab pengaruh kawan. Biasanya naluri untuk mencuba sesuatu yang baru nie lahir bila kita masuk ke alam remaja. Sebab tu la ramai yg start smoking masa kat sekolah menengah. Mula-mula rasa macam nak try suka-suka jeh tapi lama-kelamaan benda tu jadi ketagih. Ye la,bila tengok member boleh wat keluar asap bulat ke,cool beb. Tambah pulak nampak macho gitu. Pergh kalo awek tengok mesti dye akan cakap, "Wah wah dye semonking laaa.. mannchownyee mannchownyee,,(sambil kelip2 mata,tepuk2 tangan..)" ..And aku sendiri pernah try benda tu mase kecik. Tapi alhamdulillah,aku x rasa pape yg best mase smoking tu. Apa aku rasa hanya best sebab dapat buat keluar asap. Bro, ape celup smoking. Wa x smoking pon wa macho jeh. Siap Preity Zinta agi minat wa. Preity zinta wa marah tau kalau wa semonking. Dye x nak jadi janda awal dye cakap. Siap ugut wa agi, "Kalau u x sanyang i, pegi letak muka u kat ekzos moto bapak i,bia kasik cepat mati. Boleh i kawin dgn orang lain terus. So xde lah i dapat status janda.." Hambek hang..

Aku sebenarnya xde hal dengan orang yg smoking nie. Ramai jeh member-member aku yg smoking. Aku okay jeh ngn dyoraang. Lepas makan lepak hisap rokok sekali. Tapi wa isap straw je. Minum air kosong sambil tiup straw dalam air nak kasi jadi gelegak air tu sebab milo dah abis. And dyorang okay,dyorang hormat aku. Walaupon aku okay jeh dengan asap rokok tapi memang aku tau yg perokok pasif lagi bahaya dari perokok aktif. Tapi x kan wa nak pergi menyorok bawah meja kan. Tapi seriusly aku x kisah pasal member2 smoking. Asal dyorang x guna duit aku. And memang dyorang jaga aku dari terlibat ngn benda nie. Pernah sekali member aku cakap kt member aku sorang lagi, "Kalau aku tau kau ajar dye isap rokok,siap kau.." and satu lagi,"Memang aku akan berhenti isap rokok kalau aku tau yed isap rokok.." (Terharu wa).Tenkiu kawan-kawan..

Kadang-kadang rasa segan ngn kawan-kawan sebab wa x smoking tu ada r jugak. Kadang-kadang terfikir nak try suka-suka sebab nak sesuaikan diri dengan situasi tu ada jugak. Ye r kalau mase lepak ramai-ramai ngn member2 yg smoking,wa sorang je yg x. Tapi seriusly wa cakap,wa still ingat orang-orang yg wa sayang. Ma abah wa,adik kesayangan wa,cik eity zinta wa. So wa batalkan hasrat murni wa untuk berjinak-cermat ngn asap ni. Rasa sayang wa kat orang disekeliling wa and diri wa sendiri wa lebih kuat dari rasa nak isap rokok. Tapi tu x bermakna member-member wa x sayang diri dyorang. Mungkin pengaruh yg bawak mereka jadi mcm tu. X boleh nk salahkan sapa2 sebab masing-masing pilih jalan masing-masing.

okeylah,kat bawah nie ada video best and sangat berguna. Komfem sakit hati budak besar kena dengan budak kecik. HAkhakhak..Layan..






p/s : pesanan penaja..
semalam pegi Tok Aman Bali Beach Resort..ambik gambar ni..cantik x? pemandangan matahari terbenam..i like it..
*without editing,just use sunset landscape mode




wa ase wa dah minat ambik gambar.. ^_^










i want all of this..!!

Assalamualaikum w.b.t..
waaa lamanya x update blog. Sebab tahap ketiadaan kemoodan untuk mengupdate blog sangat tinggi. But today i want to say that i want all of this..!! Seriously,,,all of this.... =DDD


ini mainan budak besar okey..
ada sapa-sapa nak bagi x?? hehehe..its okay,nanti aku beli sendiri..




Kerana aku seorang LELAKI..

Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah.. Masa tengah main-main Facebook tadi aku ada terjumpa satu artikel ni. Dan aku rasakan artikel ini sangat memberi inspirasi kepada aku sebagai seorang lelaki. Yelaa aku pon dah besar kan. So aku rasa benda ni sangat penting..Tapi sebelum tu aku nak highlight kat sini yg aku lebih tekankan artikel ni sebagai tanggungjawab seorang syabab yg bakal menjadi seorang KETUA dan seterusnya seorang IMAM. Bukan cara-cara nak kawin okeyyyyy. Enjoy..(^_^)


Carilah Lelaki yang Mampu Jadi Imam

“Abang..hari tu ingat period dah habis. Ayang dah mandi, dah solat. Tapi hari ni keluar balik..kira period balik ke bang? ”
” Maybe kot. Try search kat google..”
” Dah tapi macam tak paham sangatla bang. Erm, Kak Erma cakap dekat masjid belah pagi ada kuliah muslimat, ada ustazah ajar masalah-masalah macam ni..”
“Buat apa..cari je kat youtube. Banyak kuliah-kuliah dalam tu. Lagipun abang sibuk, mana sempat nak hantar nak ambik kat masjid..”
Dan si isteri terus terdiam. 3 tahun perkahwinan, isu yang sama berulang, si suami pula terus menerus memberi alasan.
*****************
Asal kepada seorang wanita adalah pengikut. Ertinya, dia berhajat kepada pemimpin dan pembimbing.
Asal kepada seorang lelaki pula adalah ketua. Ertinya dia merupakan seorang pemimpin dan pembimbing.
Sebab itu dianalogikan suami sebagai imam.
Apa peranan imam dalam solat?
Guide makmum, kan? Apabila selesai dibaca Al-Fatihah, makmum mengaminkan bacaan tersebut. Apabila imam rukuk, makmum ikut rukuk. Apabila imam sujud, makmum ikut sujud.
Bagaimana pula jika imam tersalah rakaat? Atau terlupa dalam bacaan surah?
Makmum menegur. Lelaki bertasbih, perempuan bertepuk. Ada tatacara dan tertibnya.
Analogi ini suatu yang besar jika benar-benar diaplikasikan dalam hidup.
Dalam solat, ada imam dan ada makmum dengan segala tatatertibnya.
Di luar solat, ada ketua dan ada pengikut dengan segala undang-undang dan aturannya.
Begitulah indahnya Islam. Ia datang untuk menjernihkan hidup manusia dan memastikan manusia hidup dalam aturannya yang benar, betul dan tepat.

PERKAHWINAN
Ia bukan perjanjian sehari dua atau sebulan dua. Bukan juga sampai tua.
Ia perjanjian sampai mati.
Justeru, sebelum berkahwin, mesti fahami peranan masing-masing dalam perjalanan panjang tersebut.
Suami terutamanya. Jangan seronok sahaja kerana digelar ketua. Tetapi tidak pula bersedia bersungguh-sungguh untuk menjadi seorang ketua.
Ada tanggungjawab yang besar Allah bebankan seusai lafaz akad nikahmu.
Jangan hanya seronok tersengih-sengih dan bergambar mesra ( kemudian ditayang sehabis bangga di alam maya ) tetapi bab bersuci pun entah ke mana. Haid dan nifas dianggap sebagai ‘bab orang perempuan’ yang tidak perlu diketahui oleh lelaki.
Sebab itu tidak pelik, ada suami menengking isteri bila disoal tentang itu.
” Awak kan perempuan? Hidup dah bertahun-tahun takkan awak tak pandai-pandai lagi bab tu?! ”
Suami yang bertanggungjawab tidak akan mengungkapkan kata-kata seperti itu. Hakikatnya, ia adalah ungkapan alasan bagi suami yang mahu lari dari tanggungjawab.
Bukankah mengajar isteri fardhu ain itu suatu perkara wajib bagi suami?
Bukankah kalau isteri jahil tentang bab-bab haid, nifas, istihadhah dan sebagainya maka suami yang akan menanggung dosanya?
Bukankah menjadi kewajipan bagi seorang suami menghantar isterinya ke kelas agama jika dia tidak mampu mengajar perkara-perkara tersebut?


MENCARI SEORANG IMAM
Tak kacak tak apa, sebab lelaki memimpin bukan dengan kekacakan.
Tak kaya tak apa, sebab kekayaan bukan asbab hebatnya kepimpinan.
Ada lelaki rupanya tidak kacak, kulitnya gelap tetapi penampilannya kemas dan kefahaman agamanya cukup baik.
Namun ada ramai juga lelaki yang kacak, tetapi rambutnya panjang tidak terurus, pakaiannya selekeh dan tidak langsung menggambarkan ciri-ciri seorang pemuda Islam. Kefahaman agama dianggap perkara remeh.
Saya sebutkan ini kerana saya kira, memilih seorang imam tidak mudah.
Mungkin ramai wanita akan bertanya, bagaimana mahu memastikan dia seorang imam yang baik?
Ada yang merasakan lelaki kaki masjid itu terbaik sebagai imam.
Ada yang merasakan lelaki pandai bertazkirah agama itu terbaik sebagai imam.
Ada juga yang merasakan lelaki ‘berpengajian agama’ itu paling baik sebagai imam.

Saya geleng kepala.
Sungguh. Ia susah kerana sebagai manusia, kita hanya penilai zahiriah sedangkan batiniahnya, hanya Allah yang tahu.
Pun begitu, saya suka mencadangkan.
Sebagai wanita, anda diberi satu tempoh yang istimewa sebelum anda sah bergelar isteri kepada seorang lelaki. Tempoh itu dinamakan tempoh ‘suai-kenal’ atau istilah rasminya , bertunang.
Ramai orang tidak menggunakan tempoh ini sebaik mungkin. Ada yang belum apa-apa, sudah meletakkan ‘sepenuh ketaatan’ kepada si tunang. Ada yang melayan borak siang malam sampailah kepada bertemu di taman dan tengok wayang.
Jangan tiru tabiat-tabiat seperti itu. Bukan sahaja agama mengatakan ia sebagai tidak baik, bahkan akal juga mengatakan demikian.

MANFAATKAN TEMPOH BERTUNANG
Itulah satu-satunya tempoh terbaik untuk anda menguji sejauh mana si lelaki mampu menjadi imam kepada anda nanti.
Menguji itu tidak salah. Gunalah pelbagai method yang ada. Jangan mengintip dia di bilik tidur sudah.
Antara method yang mungkin anda boleh gunakan adalah, method perbincangan.
Jangan lupa, waktu berbincang itu, antara anda dan dia bukan suami isteri. Justeru, tidak ada ‘kewajipan’ sebagai isteri yang perlu anda tunaikan di ketika itu. Demand anda masih tinggi. Anda masih boleh mengatakan ‘tidak’ kepada dia jika tidak kena caranya.
Method berbincang, jika kena caranya, boleh memberi gambaran yang baik adakah si lelaki sudah menepati ciri-ciri seorang imam ataupun tidak.
Malangnya, method perbincangan ini tidak banyak digunakan dengan betul. Antara sebab utamanya adalah, sudah jatuh hati dan berpendapat, tiada jalan untuk berpatah balik melainkan meneruskan perkahwinan, biarpun tersingkap seribu kekurangan.
Tanpa sedar, ia mencacatkan hikmah sebuah pertunangan.


ASALKAN DIA BAIK ?

Biarlah dia tidak pandai agama pun, asalkan dia baik. Dia sayang saya, prihatin dan saya yakin dia mampu membahagiakan saya.
Alhamdulillah, anda telah menemui seorang lelaki yang baik.
Tetapi kita di sini tidaklah bercakap perihal baik atau tidak.
Sama juga dengan soalan skeptik : habis, orang tutup aurat semua baiklah?
Ustaz Azhar Idrus jawab : belum tentu, tapi orang yang baik mestilah akan menutup aurat.
Ini pun serupa. 



Bukanlah lelaki yang meremehkan soal agama itu tidak baik, tetapi seorang lelaki yang baik pastilah tidak akan meremehkan soal agama.

Dia pastilah seorang lelaki yang benar-benar mempunyai ciri-ciri seorang imam.
Nah, carilah lelaki jenis itu sebagai suami. Lelaki yang mampu menjadi imam, dalam dan luar solatmu.
Lelaki yang bertegas denganmu dalam hal-hal agama, dan berlembut denganmu dalam hal-hal dunia.
Bukankah dirimu mahukan perkahwinan itu sampai ke syurga? Bagaimana mungkin seorang lelaki yang tidak tahu jalan ke syurga boleh membimbingmu untuk sampai ke sana?
Buatlah pilihan dengan bijak.


Carilah untuk dirimu seorang IMAM, bukan semata-mata seorang jejaka.

“CARILAH”
LELAKI yang MAMPU menjadi IMAM untuk KAMU,
Yang MENITISKAN AIR MATANYA apabila MELIHAT
KESAKITAN KAMU KETIKA MELAHIRKAN ZURIATNYA ,
Dan LELAKI yang MEMBANGUNKAN KAMU untuk BERIBADAT
BERSAMA – SAMA DI SEPERTIGA MALAM .
JIKA PENCARIAN ITU TELAH KAMU TEMUI , JANGAN LUPA
BERSYUKUR KEPADA-NYA . jadilah, PERMAISURI HATINYA , PENEMAN DIKALA SUKA dan DUKA, PENGUBAT RINDU dan LARA.





sekadar perkongsian..
(^_^)






kalaulah ada Doraemon..

#entri ni dibuat bila otak dah tepu mengadap nota..-,-"

kalaulah Doraemon ada kat dunia nyata,aku nak pinjam.....

  1. Ubat yg boleh bagi aku ingat semua nota yg aku dah baca. Takpun ubat yg boleh buat aku jadi pandai tanpa baca buku.
  2.  Pensil ajaib yg bila aku jawab exam aku akan dapat A.
  3. Pintu ajaib. Boleh balik rumah bila-bila masa jeh. Boleh pergi kelas 3 saat sebelum kelas mula. Boleh dengar lecture sambil duduk atas katil. Bukak pintu jeh dah dapat tengok lecturer. Boleh pergi mana-mana je yg aku nak.
  4. Laci ajaib or mesin masa. Boleh dengar balik apa yg lecturer ajar yg aku dah lupa tadi. Or senang citer apa yg aku x dengar masa lecturer ajar tadi. Hahaha..
  5. Helikopter ajaib. Boleh pergi lecture room tanpa naik tangga. Or boleh pergi KLCC tanpa naik LRT.
  6. Lampu suluh ajaib. Boleh kecikkan sapa-sapa yg lebih besar daripada aku. Ataupun kecikkan orang jahat and then letak dalam poket.
roti nota..
#inilah pengaruh televisyen terhadap kanak-kanak zaman dahulu..:p





ini hanyalah hiburan semata-mata sebab dah blurr.
Blur-blur pon jangan sampai terpesong..

Kenapa perlukan doraemon kalau kita dah ada yg lagi hebat?
 Yang Maha Kuasa, Yang Maha Memberi segala-gala...
Bersyukur..

(^_^)




mainan budak lelaki dulu-dulu..(versi moden)

Assalamualaikum w.b.t..

Memandangkan minggu nie mungkin minggu last yg kurang bz, aku nak buat entri lebih sikit. Hari ni aku rasa macam nak buat entri pasal zaman kecik-kecik la. Masa kecik-kecik dulu boleh dikatakan yg aku nie gila mainan jugak la. Asal ikut mama aku pergi shopping je aku mesti merayau kat bahagian mainan. Lepas tu mula la mintak itu ini. Tapi sebenarnya sampai sekarang aku still suka pergi lepak kat bahagian barang-barang mainan kalo pergi shopping complex. Nanti esok-esok kalo bini aku ajak pergi shopping aku nak suruh bini aku tinggal aku kat bahagian mainan jeh, lepas tu pergi la shopping sorang-sorang. Jimat sikit poket gua. Hahaha..kidding..Biasalah,kalo orang perempuan jumpa shopping complex,lenguh la kaki ni nak mengikut. Tapi xpe lah kan. Bini kita jugak..wiiiii~~~

Back to the main point, masa kecik-kecik dulu, zaman sekolah rendah, barang mainan nie mengikut peredaran zaman. Contohnya kalau time tu time kereta Tamiya tengah naik,ramai orang main, mesti kau akan kena booo kalo kau xde kereta tu. Seingat aku kereta Tamiya nie la mainan first yg menjadi fenomena masa aku kecik-kecik dulu. Aku pon dulu x ketinggalan main kereta Tamiya nie.(Tamiya nie nama brand dye). Paling syok bila kita beli yg belum pasang,lepas tu dapat pasang sendiri enjin-enjin,tayar-tayar bagai tu. Rasa macam engineer gitu. Dan kereta sapa paling laju dye paling hebat la. Pssst,gua pernah dapat hadiah kereta tamiya dari sorang awek mase darjah 5 dulu. And gua tau yg dye beli kat kedai RM2 hinggit kat tepi sekolah. Tapi x kesah la kan. Hadiah jugak. Hakhakhak. Tapi yg dia bagi tahan kejap jeh,lepas tu hancur. Mungkin sebab 2 hinggit?? no komen. Haha..Tapi kereta yg gua beli sendiri memang terbaik. Mahal sikit la. Mintak abah beli. hihi..

nie haa kereta Tamiya. Tapi nie bukan yg gua punya.

Next, lepas zaman kereta Tamiya nie beransur hilang, mula pulak timbul zaman Beyblade. Pada mulanya beyblade nie adalah cerita kartun kat TV3. Tapi alih-alih ada pulak kat dunia nyata nie. And jeng jeng jeng.. Aku pon x ketinggalan untuk memiliki beyblade nie. Yg paling aku x boleh lupa bila part tukar-tukar acsessori dye ngan member-member. Nak kasik yg kita punya berpusing paling laju dan paling lama,banyak jugak la duit yg aku habiskan untuk benda nie. Sanggup korek tabung arnab aku dulu semata-mata nak upgrade benda nie. Kalo dapat tau ngn cik mama yg aku korek tabung,memang masak. Hahaha. And ada satu part bila ada orang reka yg beyblade nie boleh mengeluarkan api. Memang best bila main dalam kuali. Kena dinding dye jeh akan keluar percikan api. HAHAHA..Kenangan...

dragon!!
Bila semua dah boring main beyblade nie,timbul pulak cerita Crush Gear kat TV3. Betul la satu karangan yg aku pernah buat dulu,"Televisyen banyak mempengaruhi kanak-kanak". Pasal crush gear nie pon aku korek duit simpanan aku,tapi yg nie update sikit la. Sebab aku mintak kebenaran ma abah aku dulu sebelum beli. Sebab benda nie kan besar sikit,susah nak sorok,bukan macam Beyblade tu. Silap-silap kena buang pulak kereta aku nie. Seingat aku lama jugak la aku pujuk ma abah sebab nak beli mainan nie sampai la abah aku cakap,"Pergi beli yg paling murah..". Wah berbunga-bunga hati gua beb. Terus pergi beli. Seingat aku kereta nie aku beli ngn harga 7 hinggit lebih. Lau ikutkan ada jeh yg lagi murah tapi yg 7 hinggit nie lawa sikit. Tu pon bila sampai umah ma aku dah bising cakap mahal. Membazir jeh. Tapi tu la kan,budak-budak,ape nak kesah. X paham lagi erti susah nak cari duit. And kereta nie masih ada sampai sekarang kat umah aku. Jadi perhiasan kat atas tv. Sapa nak tengok jom datang umah aku raya nie. Hahaha..

crush gear turbo!!
Lepas tu timbul la zamam maju sikit. Budak-budak mula main remote control car pulak. Tapi benda nie bukan budak-budak jeh yg main. Orang tua pon join sekali. Benda nie kalo x silap aku still ada sampai sekarang. Pernah suatu masa dulu setiap petang ramai pemilik kereta remote control nie berkumpul kat taman perumahan kat umah aku untuk main benda nie. Memang happening. Tapi tu la kn,benda nie mahal sikit kalau nak dibandingkan dengan mainan yg lain. Paling murah pon 50 hinggit. And seperti biasa,aku mempunyai strategi untuk memujuk encik abah untuk belikan aku sebijik. Sampai adik aku yg berumur 5 tahun masa tu pon aku guna suruh pujuk encik abah. Haha. Last-last dapat jugak kereta idaman aku masa tu. Tu pon lepas aku dah fedup mintak baru encik abah bagi. Dye kesian kot. haha..Tapi serius aku memang sayang kat kereta aku tu.

(gambar hiasan)
still ada kat bawah katil aku kat umah. Sapa nak lumba?? jom..kalah belanja  aiskrim..


Masa aku darjah 6,lepas UPSR pulak,dengan menggunakan alasan boring lepas exam,aku mintak encik abah belikan yoyo pulak. Masa tu citer yoyo tengah hot kat TV3. Hahaha..And macam biasa,gua dapat yoyo sebijik. Yang branded punya beb. Bangga jap ada yoyo mahal. Mahal pon x sampai 20 hinggit pon sebenarnya. And kalo x silap ada lagi kat dalam almari kat umah aku.

sapa pandai buat loop-the-loop tanpa kena muka dye hebat.

antara design yg femes dulu

haaa yg nie namanya digivice. Aku xde kenangan sangat dengan benda ni sebab aku x pernah ada benda nie. Tapi pernah main yg member-member punya. Benda biasanya dapat hadiah bila kumpul sticker penuh satu buku lepas tu pergi hantar kat kedai. Nanti dye akan bagi hadiah digivice ni. Tapi aku x sempat dapat sebab stok dah habis. Punya la letih kumpul sticker last2 dapat radio bentuk rumah jeh. X macho betol. Benda nie macam main bela-bela haiwan la. Kita bela haiwan nie,bagi makan,bagi uk-uk sume sampai dye jadi kuat lepas tu boleh lawan dengan member. Syokkk...


Satu lagi mainan yg femes masa aku kecik-kecik dulu ialah brick game. Tapi aku caye yg benda nie budak perempuan pon suka main. Portable game yg paling awal dan murah. Zaman dulu mana ada PSP. Budak-budak sekarang mungkin dah x kenal brick game nie. Yang dyorang kenalnye macam PSP,PS3,
n macam-macam p lagi lah. 


sebijik macam yg aku punya dulu.

okeylah,kalo aku nak citer sumua memang x habis. Nanti nak citer pasal mainan budak lelaki versi tradisional pulak.
Babai....