Pages

jika sentiasa..

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Salahkah aku, 
 jika sentiasa menyukai dia..
jika sentiasa mengingati dia..
 jika sentiasa merindui dia..
jika sentiasa menjadikan dia permaisuri di hati..
jika sentiasa mahukan yang terbaik untuk dia..
 jika sentiasa mahu jadi yang terbaik untuk dia..
jika sentiasa mahu berikan yang terbaik untuk dia..
jika sentiasa ingin belajar untuk jadi yang terbaik untuk dia..
jika sentiasa ingin bertaaruf dengan dia..
jika sentiasa ingin tahu tentang dia..
 jika sentiasa ingin menjaga dia..
jika sentiasa ingin dia ada..
jika sentiasa ingin berbual dengan dia..
jika sentiasa bersemangat kerana dia..
jika sentiasa ingin berubah menjadi seorang yang lebih berjaya kerana dia..
jika sentiasa cemburu dengan orang lain kerana dia..
jika sentiasa tidak mahu orang lain berada di hati dia..
jika sentiasa ingin setia dengan dia..
 jika tidak mengimpikan orang lain selain dia..
 jika sentiasa bercita-cita ingin berzaujahkan dia..
 jika sentiasa ikhlas menyayangi dia..
jika sentiasa berharap..


Sedangkan aku tahu, aku bukan yang terbaik..
Sedangkan aku tahu, ramai yang ingin memiliki dia sepertiku..
Sedangkan aku tahu, aku pernah menyakiti hatimu..
Sedangkan aku tahu, aku mungkin hanya mengelamun..
Sedangkan aku tahu, aku mungkin tidak ada di hatimu..
Sedangkan aku tahu, dia mungkin mempunyai rasa yang sebaliknya dari rasa hatiku..
Sedangkan aku tahu, aku mungkin tidak kuat untuk menerima jika suatu hari hatinya bukan padaku..
Sedangkan aku tahu, aku mempunyai seribu satu sebab untuk melepaskan dia tetapi aku berpegang hanya pada satu alasan untuk terus berjuang..
Sedangkan aku tahu, dia bukan milikku..
Sedangkan aku tahu, semuanya ketentuan Tuhanku..


Ya Allah, jika benar dia untukku, tetapkanlah hatinya dan hatiku..
Tetapi jika sebaliknya, makbulkanlah permintaanku, doaku.....
Iaitu jadikanlah dia teman hidupku..
Kerana aku juga tahu, Qada dan Qadar boleh diubah dengan doa dan usaha, 
Juga dengan izin-Mu..

Ya Allah, jika apa yang aku rasa ini adalah salah, bimbinglah aku, peganglah aku, pimpinlah aku, supaya aku tidak terpesong, tersesat sehingga lupa kehadiranMu..

Namun, jika apa yang aku rasa ini adalah tidak salah, janganlah engkau biarkan aku melebihkan "sentiasa" ku kepada dia melebihi "sentiasa" ku kepadaMu..


Dan sebagai pengakhiran, aku berharap padaMu, seandainya suatu hari nanti perkara yang paling tidak aku ingini terjadi iaitu melepaskan dia, kuatkanlah hatiku..
jangan biarkan aku menangis, jangan biarkan aku sedih..dan tolong, tolong berikan kebahagian kepada dia, dan kepada aku juga...

Aminn..


Ya Allah..Seandainya telah engkau catatkan dia milikku, tercipta buatku, satukanlah hatinya dengan hatiku. Titipkanlah kebahagian antara kami agar kemesraan itu abadi. Seandainya engkau takdirkan dia bukan milikku, gantikanlah yang telah hilang, tumbuhkanlah kembali yang telah patah, walaupun tidak sama dengan dirinya.
 Ya Allah Ya Tuhanku, pasrahkanlah aku dgn takdirmu. Sesungguhnya apa yg telah Engkau takdirkan adalah yang terbaik buatku. Ya Allah, Engkau saja yg maha mgetahui...



dia..





No comments: