Pages

special day..=)

## 3 tahun yg lalu,hari pertama.....


Wahh..!! Masa yang ditunggu-tunggu telah tiba. Masa untuk bertolak ke Festival Wind Orchestra..!! Time nie la masa yang paling syok. Boleh jalan-jalan naik bas,boleh ponteng kelas. Ye la pergi orkestra nie komfem-komfem akan burn hari khamis ngan ahad. Hahaha. Tapi bila balik nanti mesti banyak homework. Adeh. Tapi xpe,kita enjoy dulu. Pergi untuk berjuang demi sekolahku yang tercinta. 


Di dalam bas,aku hanya tidur. Sebab tidur itu sangat best. Sedar-sedar jeh berhenti kat R&R ape ntah lupa dah. Aku pon turun. Mamai lagi...zZzZZ


Naik bas balik,borak-borak jap,makan cikedis yg baru beli tadi,lepas tu sambung tidur balik. Cuaca pulak hujan sedingin air embun pagi. Memang best untuk tidur. Krohhh.. Kadang-kadang tersedar sebab bas yg terhuyung-hayang or untuk sapu air liuk basi. Hahaha..*jgn imagine okeh..=p


selepas beberapa jam,kami sampai ke destinasi yg hendak dituju,Kuantan Pahang. Banyak sekolah yg dah sampai. So,jom angkut instrument bawak pergi bilik tuning. As ketua section,aku mengerah adik-adik juniorku untuk membantu abangnya ini mengangkat alat. Kerek x bunyinya? Cehh..Okeh,continue,lepas tu kami dapat tahu yg bilik tuning kami kat tingkat tiga,tingkat yg paling atas. And dorm kitorang pon kat tingkat empat,tingkat yg paling atas jugak. Adehh..


Sampai kat bilik tuning,aku tengok bilik tuning sebelah dah ada orang. Kebetulan,tahun lepas pon bilik tuning sekolah nie bersebelahan dengan bilik kami. And sememangnya hubungan sekolah aku ngn sekolah tu agak baik. Macam geng la lebih kurang. Aku and the gang pon start la mengusha sapa2 yg ada kat bilik sebelah. Sememangnya band sekolah tu terkenal ngan terdapatnya ramai awek comel. So ape lagi,skodeng sikit. Hihi..
Bukan ape,sebab ada member aku yg dah target nak bawak balik sehelai folscape paper yg penuh ngan no fon awek. Berlagak betul. Last-last habuk pon tarak. Hahaha..


Aku pulak takde la target pape,just nak tengok-tengok jeh. Tapi masa tu ada la rasa macam nak berkenalan ngn sapa-sapa dari sekolah lain. Yela ah form 5 kan masa tu. Rasa hensem tu lebih la sikit. Padahal xde lah hensem sangat kan. Tapi sweet tu ada la kot. HAkhakhak


sound check, Then okeh,semua dah letih,balik rehat pulak. Malam nie ada latihan. 


Waktu malam tiba. Practise!! Biasalah,aku and the geng(percussion) nie jenis kaki jalan sikit. Pergi kat bilik sebelah cari member sekolah sebelah. Main intai2 tengok dyorang berlatih. Tiba-tiba semua pakat tengok belakang. Sebab bising kot. Hihihi. So ape lagi,run!! Balik bilik tuning sendiri balik.


##3 tahun yg lalu,hari kedua......


Actually aku x ingat sangat flow aktiviti aku kat sana. Aku ingaat apa yg aku buat tapi aku dh x ingat the real time when it happen. Sikit-sikit jeh aku ingat. 


Hari ni sama macam semalam. Still berlatih. And aku ngan member-member suka berjalan-jalan kan. So kitorang merayau sambil cuci mata and ikut senior-senior yg datang dengan harapan dyorang akan belanja makan. Tapi hampeh. tapi x pe lah,x kisah sangat. And maybe jugak sebab nie tahun last aku ngan wind orchestra, aku nak hayati suasana nie sepenuhnya. 


Aku naik tangga,from tempat beli makanan. Nampak geng-geng sekolah sebelah baru sampai bilik tuning dyorang. Xpasti la pulak dyorang dari mana. But suddently, my eye attracted to one person that bringing a case. In my mind, a cute specky and sometimes her face looks like a chinese girl. Yes,she is a girl. But who is she? Ahh never mind. Its normal when a guy look at a cute girl. I think at that time..


But,why?? My mind always thinking about that eye? yeah specifically,that girl. And masa tu aku berazam yang aku nak kenal ngan budak tu. Alah,member budak tu kan ramai. Budak sekolah dye yg main percussion pon mesti kenal. Tapi aku x tau ape yg dia main. Macam mana aku nak mintak tolong 'adjustkan'? Nak terangkan rupa,aii susah tu. Haishh.. Nak tengok pon susah sebab dyorang berlatih membelakangi pintu. X nampak muka. Nampak muka conductor jeh. Adoi macam mana ek?? Ahh bia je lah...


the only one..




##3 tahun yg lalu,hari ketiga.....


We're on stage. Lepas tu gi jalan-jalan.....teluk chempedak,n banyak tempat lagi lah. But my mind is on that specky eye...=)




##3 tahun yg lalu,hari keempat....


Bengkel yg sangat-sangat boring. Aku keluar ngan member jap, cakap kat instructor nak pergi tandas tapi sejam. Hahaha. Boring laaaa derr.. And i still trying to find that girl again. Xtau kenapa tiba-tiba aku rasa macam berani sikit,rasa macam kalau aku jumpa je dia,aku nak terus pergi cakap ngan dia. Mengarut pulak bila fikir-fikir balik. Aku kan pemalu. Hikhikhik...And sepanjang 2 hari nie bila nampak jeh geng-geng sekolah sebelah jalan,aku cuba cari-cari budak tu. Mane tau nampak. Haha.. Tapi,hampa. Takpelah...


Malam tu,semua siap2 nak balik dah. Lepas result semua pakat naik bilik tuning nak kemas-kemas barang. And masa tu ramai la yg tengah bergambar dengan member-member dari sekolah lain,n bagi orang macam aku pulak,hanya bergambar dengan geng-geng satu sekolah je. Ye la,last year dah join orchestra. Ambik gambar banyak-banyak nak buat kenangan. And again,aku intai lagi budak sekolah sebelah. Tapi aku ajak geng la. Buat-buat macam nak berborak ngn member sekolah tu,padahal ada agenda lain. And again.x jumpa..Xpe lah..




##3 tahun yg lalu,hari kelima,hari terakhir....


Semua dah dekat bilik tuning,nak angkat alat masuk bas. Tapi adik-adik junior yg terpilih ada breifing kat dewan. So ada masa lagi la untuk aku jalan-jalan cuci mata. Hihihihi..
Dah letih jalan-jalan aku lepak jeh kat bilik tuning. Boring-boring aku keluar pergi duduk kat corridor. And misi utama still sama. And masa tu geng-geng sekolah sebelah pondah bersiap nak balik. Ramai la yg bergambar lagi sekali. And suddently,she's there. Kat depan pintu,sambil pegang case. Aku lupa pulak nak tengok case ape yg dia pegang. Alamak!! Kantoi aky tengah tengok dia. Tapi aku xtau kenapa aku tiba-tiba jadi muka x malu,terus tengok jeh walaupon dah kantoi. And nasib baik dia x baling aku ngan case tu. But,she  smile. Dia senyum kat aku. Adoii,perasaan berbunga-bunga. Hahaha..Walopon senyum kejap,aku dah over. Dalam fikiran aku,jap lagi aku nak berkenalan dengan dia.


But suddently,"Abg payed,skor snare hilang...",kata juniorku. Aku pelik,macam mana boleh hilang sedangkan semalam semua dah check,dah letak kat satu tempat masa kemas barang. Ahh sudah. And the first person yg aku ari adalah kawan aku yg main snaredrum tu. Cari punya cari x jumpa. Dan sebagai ketua section aku terpaksa pergi mengadap cikgu untuk bagitau yg satu file skor not snaredrum hilang. And yes,what i've expacted happend. Dimarah oleh cikgu.


Aku dah hilang mood,x tau kenapa haritu cepat sangat hilang mood. Mungkin sebab sikap anak buah aku yg kurang alert pasal skor tu. Lastly,aku terus naik bas,lepak atas tu sorang-sorang. Rancangan untuk aku berkenalan ngan budak tu rosak macam tu jeh. "Hmm xpe lah,xde rezeki.."-dalam hati..


Perjalanan pulang ke sekolah terasa sangat hambar pada masa tu. 
*pasang lagu sedih untuk hidupkan lagi effect sedih


AND that date is 19 APRIL...


Itulah sejarah 19 APRIL. Tarikh yg membawa aku untuk mengenali seseorang. Dan alhamdulillah,atas rezeki Allah S.W.T,aku still dapat berkenalan dengan budak tu walaupon 2 minggu wind orchestra berlalu. Semuanya kuasa Allah S.W.T,Tuhan sekalian alam. Alhamdulillah,terima kasih Ya Allah.
Bila fikir-fikir balik,aku pon rasa macam mustahil. Tapi itulah kuasa Yang Maha Esa. Dengan kuasaNya,aku dapat melihat senyuman itu lagi...

Hari nie,genap 3 tahun kami kenal. Banyak perkara yg berlaku,pahit manis semuanya bersama dia. Dan aku sangat gembira dapat berkenalan dengan dia. Dan aku harap persahabatan ini akan kekal sampai bila-bila. (^_^)

Kat sini ada sedikit coretan untuk dia...
ingatlah,kebahagiaan dia adalah kebahagiaan aku.
ingatlah,kegembiraan dia adalah kegembiraan aku.
ingatlah,kesedihan dia adalah kesedihan aku.
ingatlah,kehampaan dia adalah kehampaan aku.

 And a simple present for u, this song.. everything that i want to say is in this song...=)

 read this lyrics..:)

#happy 19 APRIL....







4 comments:

cik_qie215 said...

gewe doh loni deh,,,hahah=)

faridfirdaus said...

hehh?? :p

cik_qie215 said...

hahah,,matured sudaa,,,=))

faridfirdaus said...

hahaha..matured lamo dohh..