Pages

welcome back!!

Assalamualaikum w.b.t..

okeh...sekarang sume boleh gelak kat aku sebab aritu cakap dah xnak update blog tapi x sampai sebulan update balik. Tapi x payah la nak gelak lama-lama kan sampai tergolek-golek sambil goyang kaki ke atas kan. Terguris hati ni nanti...-.-"

YES!! seriusly, i think i need my blog back...

u want to know why?? Meh aku nak habaq sikit...

Aku bukan ape, aku sebenarnya kesian dengan awek aku sorang nie. Dah macam orang mati anak dah aku tengok gara-gara aku cakap yg aku dah x mau update blog. Siang malam duk nangis jeh. Sebagai seorang lelaki yg gentlement ala-ala Boboiboy,mesti la aku kesian kan. Kang kalo x kesian dye lari pergi Thailand n madukan aku pulak. X sanggup cheeeq..

ni haaa..
*
*
*
*
*
*
*


Tapi time dye cakap ngan aku,dye x tunjuk pon muka sedih macam nie. Saje nak control la kot. Padahal aku tau tiap-tiap hari dye nangis. Mane aku tau? Alaaa,Kerana Kapur tu kawan aku kot. Kawan kat pesbuk. Tapi dye roomate ngan Itiey aku nie. So, aku upah choki-choki kat si Nana nie suruh tengok-tengokkan awek aku ni. Alih-alih,si Nana nie mengadu kat aku yg choki-choki dye selalu abis kena kebas ngn awek aku sebab nak pujuk xnak kasi nangis tengah-tengah malam. Yang peliknya,dye x nak benda lain. Nak choki-choki tu jugak. Mungkin dye jeles kot. Lepas tu saje je xnak bagi si Nana nie makan benda yg aku bagi. Tapi macam mane dye boleh tau??

 Adehh...Biasalah,aku ngan Itiey aku nie hubungan jarak jauh. So,melalui blog je lah dye boleh tau perkembangan aku. Gambo nie pon aku mintak tolong Nana yg snap. Sori gambo blur sebab Nana nak cover xnak bagi kantoi ambik gambo cik Itiey tengah nangis.
Abih bergetor tangan si Nana macam kena alzheimer.. Hakhak..

Time skype ngan aku hari tu nie haaa..Siap ugut aku lagi....
*
*
*
*
*
*
*
#time marah-marah pun sempat keluar jugak lesung pipit dye..

aku pun jawab la. "Cheq,cheq....errr..suka hati cheq la blog cheq..!",
konon-konon aku pulak yg termerajuk laa..

lalu kuhempas ganggang telifon..berdecingg!!! jatuh balance syiling 30sen...
penuh drama..

Eh macam zaman dulu-dulu pulak. Ye la,pakai publicfon la katakan..
Tapi publicfon sekarang bukan macam dulu. Sekarang dah ada skype sekali. Tu yg keluar gambar sekali tuu..Sape kate xde? Ada je belakang umah aku..

p/s: saya xde laptop.. :'(

haa lepas tu mula la menyesal. Dye ingat cheq xtaw..
*
*
*
*

lepas tuu...
*
*
*
*

hahh bila dye pujuk aku balik sambil berlatar belakangkan lagu ombak rindu,memang aku susah nak hampakan cik Itiey neh. So,aku pon mengalah laa. Ye la,tambah pulak cik Itiey nie pandai main ayat..

Dye cakap macam nie,"Hang jgn la duk merajuk lama-lama. Buruk orang laki merajuk nie. Kang cheq gi cari mat bangla kang,melalak hang kat situ..haaa..".
Aish,x boleh jadi nie,dye main buruk-buruk,bangla bagai. Sebagai seorang lelaki yg berwibawa,mestilah cheq tercabaq. Pantang tau main buruk-buruk nie. Huuuhh..=.=!
So,demi cik Itiey terchenta,aku ase aku nak ambik balik la blog aku nie. 


"dah-dah la mengarut tuu.."


sape sound aku tu??? berani-beraninya dikau...
yelaaa..nak stop dah nie..
hehehehe..

**************************************************************
Sayang sebenarnya blog nie neh.. So aku rase aku perlukan balik blog nie,sebab yg sebenarnye ialah...
sebab aku rasa dengan blog nie aku boleh jadi lebih rilek,santai,and the most important is ada tempat aku nak mengarut..

so lepas nie akan diperbanyakkan entri-entri yg boleh menggeletek tapak kaki si pembaca sampai menendang-nendang ke dinding. Biarlah xde orang yg baca pon,tapi sekurang-kurangnya bila aku sendiri yg baca,aku boleh gelak sampai tergolek-golek ke ladang gandum. Ade aku kesah?? Tapi macam kurengg jeh..sendiri buat entri,sendiri baca,sendiri gelak..
kemushkilan terhadap diri sendiri melanda..
hehhhhhhh...


okeylah..dah letih menaip,.


~~serius x comel kucing nehh...






a letter for u..happy women's day..:)

Assalamualaikum w.b.t..
Suaramu...
Gemersiknya bak buluh perindu
Cuba kau lagukan
Cuba kau dendangkan
Mengisi di ruang kamarku
Senyummu...
Menusuk dan membelai di kalbu
Cuba kau ukirkan
Cuba kau pamerkan
Menjadi hiasan hidupku
Tiada terkata
Seindah bahasa
Nak ku huraikan
Nak ku belaikan dirimu
Akan ku syairkan katamu
Akan ku madahkan janjimu
Menjadi coretan gurindam
Akan ku ukirkan senyummu
Akan ku lukiskan tawamu
Menjadikan susunan warna
Potret indah...
 Senyummu...
Menusuk dan membelai di kalbu
Cuba kau ukirkan
Cuba kau pamerkan
Menjadi hiasan hidupku...

Kehadapan 3 wanita istimewa,permata-permata yang sentiasa berada di hatiku..
ku titipkan bingkisan ini dari jauh..
meluahkan bicara hati yang terpendam, yang aku sendiri x mampu untuk ucapkan...
semoga anda semua sentisa berada di dalam keredhaanNya..Amin...

Ya semalam 8hb Mac merupakan Hari Wanita sedunia. So aku di sini ingin memberi satu hadiah yang mungkin tidak begitu bernilai,hanya sedikit coretan kata yang mungkin tidak dapat kuluahkan dengan kata-kata,tetapi ia adalah tulisan yang tulus,lahir dari hati. Dan hadiah ini ku ukirkan khas buat permata-permataku yang amat kusayangi dan kukasihi. Aku tidak mampu untuk bagi sebarang hadiah lain mungkin sebab jauh. Jadi hanya ini yang dapat aku titipkan untuk menunjukkan yang aku sangat menghargai permata-permata hatiku ini. Tetapi bukan hanya untuk hari ini,bukan hanya ketika hari wanita or hari-hari tertentu,tetapi setiap masa,setiap saat,setiap ketika,dan insyaAllah sepanjang hayatku..Dan dalam kesempatan ini, aku mencuri sedikit masa untuk menulis kat sini.

who are that 3 precious womens in my life? who are they?


They are a person that always in my heart and my mind,always be on my side even we are far apart,even there are a lot of obstruction,even a time was very jealous to us,but they are still be on my side. Mereka semualah yang sentiasa ada semasa aku sedang gembira,sedih,sihat,sakit,and so on. Meraka inilah yang sentisa bergelak ketawa bersamaku,menangis bersamaku,dan segalanya bersama aku. Dan mereka ini jugalah yang pernah susah kerana aku,pernah mengalirkan air mata kerana aku.

Ibu,seandainya aku diberi peluang untuk membuat pilihan di antara emas dan permata di dunia ini,sudah pasti aku akan memilihmu. Kerana kaulah orang yang paling bernilai dalam hidup aku. Tanpa ibu,aku tidak akan melihat keindahan ciptaan Allah di dunia ini. Kesakitan,kesusahan,dan keperitan kau mengandungkanku, melahirkanku,menjaga dan mendidik aku,mengajar aku tentang Islam,segala-galanya.Takkan dapat aku bayar balik walaupon gajiku beribu-ribu esok. Terima kasih ibu. Terima kasih sebab selalu ada untuk anakmu ini. Walaupun kadang-kadang anakmu ini degil,x dengar kata tetapi kau tetap sabar. Ketika aku sedang sedih,kaulah yang menenangkan hatiku. Aku masih ingat ketika aku gagal,aku tau kau sedih dengan kegagalan aku tapi kau lebih sedih bila tengok aku bersedih. Dan aku masih ingat kau sering memberitahuku,"sabar,nak buat macam mana..ada rezeki lain..dah berusaha kan..". Aku masih ingat ketika aku sakit dulu,kaulah yang berjaga malam bersama abah,menggantkan kain basah di atas dahiku. Aku ingat semua tu bu..ibu,aku disini sangat merinduimu. Aku disini amat merindui masakan mu,leteranmu apabila kejut aku sarapan pagi,aku rindukanmu..Tapi sabar ya,x lama nanti anak ibu ni nak balik..x sabar nak balik umah..rindu nak peluk ibu,cium pipi ibu..:'(

adik,kaulah satu-satunya adik abg kat dunia nie. Kaulah satu-satunya adik,dan jugak kakak untuk abg. Kau jugaklah yg selalu kena marah dengan abg sampai nangis,kena buli,dan dengan kau jugaklah abg bergurau,abg cerita masalah abg,pasal awek pon abg citer kat adik kn. Ye la,sebab adikla yg paling rapat dengan abg..abg sayang adik tau..tapi adik abg nie nakal jugak. Selalu jeh kaco abg kn..haha..kan dah kena balik..tapi tu la kan,terima kasih ye dik..Abg harap adik akan jadi seorang wanita yang berjaya esok-esok,jadi wanita solehah,yg berjasa untuk ma abah. Jaga semua-semua sebab adik kan pepuan..so abg nie pon bertanggungjawab kat adik. Ape yg adik buat Allah akan soal abg kat akhirat nanti. Adik syg abg kan? Abg pon syg adik. Time abg kat kampus nie adik jaga la diri lek lok kat umah tu. Jaga ma ngn abah sekali. Kucing2 sekali ye. jgn nakal-nakal.. Abg syg adik tau..

Last but not least,kamu..ya kamu..awk tau kenapa awk menjadi yg ketiga? sebab awk jugak pernah menangis kerana sy. Awk jugak yg selalu ada bagi sokongan mase sy down. Pernah berkongsi masalah,mendengar luahan hati sy,kadang-kadang menjadi tempat untuk melepaskan kemarahan..Berkongsi segala-galanya.. Awk jugak yg selalu buat diri sy nie rasa dihargai. Awk jugak lah yg sedikit sebanyak merubah sy menjadi lebih baik dari dulu. Awk jugak pernah bagi sy peluang untuk merasa berada di hati awk walo sekejap. Seorang lelaki asing yang x pernah kenal,tiba-tiba dapat jadi rapat. Sy hargai kepercayaan yang awk bagi kat sy. Sy xkan lupakan semua tu. Tapi tu la kan,semua yang berlaku mungkin ada hikmahnya. Sy terima dgn hati terbuka. Awk milik Allah,milik keluarga awk. So sy pinjam kejap jeh. Tp sy bersyukur sbb dapat kenal dgn awk. Dan sekarang nie sy just nak tau keadaan awk n nak wish benda ni. Tapi mungkin awk sibuk. Xpe..sy dapat rasa yg awk gembira sekarang. Dari senyuman awk sy dpt rasa yg awk bahagia. Dan tu dah lebih drpd cukup bagi sy. Saya happy bila tengok awk happy. Maaf,sy x dpt nak bahagiakan awk..tapi percayalah,sy akan simpan semuanya..anggaplah sy sebagai kawan awk,macam kawan-kawan awk yg lain..dan kat sini sy ingin menyatakan sedikit pesanan or mungkin sedikit harapan. Jadilah seorang wanita yg hidupnya ibarat sebutir permata di dalam timbunan kaca. Jadilah seorang wanita yg 'mahal' dan bernilai di mata manusia di dunia ini, dan yg paling penting,jadilah seorang wanita solehah yg bakal menghiasi syurga yg kekal abadi sekali gus menjadi seseorang yg dikasihi dan disayangi Allah s.w.t..terima kasih ye..for everything. :)

takkan lahirnya seorang superman kalau xdenye superwoman,
dan peter parker@spiderman xkan berjaya menewaskan sandman kalau xde marry jane di sampingnya..

tiada hadiah dapat kusediakan,
hanya secangkir doa yg dapat kuselitkn..
semoga anda semua  selalu berbahagia dan sentiasa berada di dalam kalangan yg diredhaiNya..  


dan..

sejuta kemaafan ku pohon jika diri ini pernah membuatmu bersedih,sesungguhnya hanya titik penyesalan yg masih tersisa di hati..
tapi benarlah,tanpa kesilapan,x kan lahirnya pembetulan yg lebih baik..

terima kasih kepada Yang Maha Pencipta,kerana meminjamkan aku mereka nie semua..
Alhamdulillah,terima kasih ya Allah..

and to all my precious womens,HAPPY WOMEN'S DAY..!!


yang ikhlas:   
saya..



okeylah,rase dah panjang sangat dah nie. Berjaya jugak aku tulis panjang-panjang. Ye lah,sbb mungkin nie entri last kot untuk blog nie. Aku rase macam xde orang bace pon ape yg aku melalut dlm nie..so aku ase nak stop jeh menulis kat blog nie,sampai bile,wallahualam.. Tapi aku xkan delete blog neh,banyak kenangannya..so,lepas nie,aku berazam nak bahagiakan semua orang yg aku sayang..Allah suruh kita cari dunia jugak,bukan akhirat semata-mata. Peganglah dunia jugak,sebab ape yg kita buat kat dunia nie akan melambangkan apa yg kita dapat kat akhirat nanti. U make it,u deserve it..

keh,sehingga bertemu lagi..insyaAllah...=)

and a song to all of you..




segala-galanya bermula dengan hati..

assalamualaikum...

hati...semua orang dianugerahkan seketul daging yang dipanggil hati..seketul daging ini ibarat sebuah enjin untuk menghidupkan sesuatu jentera or mesin2 tetapi hati ni tidak memerlukan sebarang sumber elektrik untuk menghidupkannya..dan hati juga bukan lah sesuatu yg mudah untuk dikawal seperti enjin-enjin tu sume..
kenapa aku cakap macam tu? sebab segala-galanya bermula dengan hati..dan bagi aku hati ni bukannya sesuatu yg automatik,its totally manual..dan kita sendiri yang mengawal hati kita...kalau kita menanam keimanan,insyaAllah bercahayalah hati kita,tetapi jika sebaliknya,x heran lah kalau hati kita penuh ngn titik2 hitam...

itulah hati..hati lah yg mencorakkan seseorang..dengan hati jugak segala-galanya boleh berlaku..kita sering bertanyakan pasal kesihatan luaran kita tapi kita selalu je abai kesihatan nurani kita...sanggup berhabis ribuan ringgit untuk mengubati sakit sedangkan Allah hanya menerima hati...


hati ibarat kapas... 
mudah terbang pabila ditiup angin...
mudah robek bila di carik-carikkan...
mudah kuncup pabila ia basah..
dan mudah pula ia mengecil apabila di renyukkan..

hati yang sihat adalah hati yg mempunyai perasaan semasa melakukan ibadah..dan orang yg sihat akan merasai kemanisan dalam ibadahnya..hati yang sihat jugak adalah hati yg khusyuk dalam ibadahnya dan dapat menerima sesuatu kebenaran walaupun pahit spt satu firman Allah,"bilakah masanya untuk orang2 beriman untuk khusyuk hati mereka bagi mengingati Allah dan menerima kebenaran yg Allah turunkan,,"(al-Fatir:16)..

tapi itulah hakikat manusia..mencari makanan untuk bekal gi picnic tetapi terlupa untuk membawa bekal ke dunia yg kekal..sama macam aku..kadang2 aku terlupa yg Allah nie mencari hati seorang hamba yg betul2 humble kepadanya..seorang hamba yg redha dan bersyukur akan apa yg telah diberi olehNya..bukan seorang yg suka melawan or tidak menerima apa yg telah ditentukan..ampunkan aku ya Allah..

ujian Allah...Allah menguji seseorang hamba itu sebagai tanda yg Dia tidak pernah mengabaikan dan melupakan kita walaupun kita sendiri yg selalu melupakan Dia..kalau kita ingat Dia,lagi-lagila Dia akan ingat kita...dan bukan semua orang dapat menghadapi ujian Allah itu sedangkan Allah x pernah menguji melebihi kemampuan hambaNya tu sndiri..and of course semuanya berkait rapat dengan hati..masa ni lah biasanya hati kita akan berkata tentang segalanya..dengan iman yg seciput,adakah kita mampu menghadapinya? mase nie la syaitan akan mula menghasut..so,kalo hati kita ni xde pelindung,mampu ke kita? kerdilnya kita tanpa pertolongan dariNya...

so,bagi seseorang yg hatinya belum lagi sihat dan tenang 100%,ini ubatnya...



#berdoalah...sesungguhnya Allah itu Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...
agar semua yg kita hajati dapat kita miliki...





Bluetooth vs Wi-fi...


betul ke nie??



ermm maybe...tapi bukan sume kan??
....hahaha
but i want to add some more..

if a man like a Bluetooth,biasanya apa-apa device yg kita dah add jadi 'member' bluetooth kita, device-device tu x kan hilang selagi kita x delete kan... kecuali bila dah penuh, so terpaksa la delete.. and its fixed.. it's mean,just same with a man.. even lelaki tu pergi mane-mane pon, dye still akan bawak 'device' yg pernah 'connect' ngn dye.. x kisah la bawak dalam hati, or fikiran, or dalam poket sekali pon... *kalo x debab laa..;p... mereka x kan delete 'device' tu selagi bukan dalam keadaan terpaksa.. dan selagi 'device' tu dirasakan penting, memang tidak akan didelete... mungkin dye akan cari device yg dah lama sangat utk didelete.. yes,, walo laki nie nampak macam kadang-kadang no respon, blur, suka buat bodo, tp kat dalam hati dye begitulah realitinya... same as Bluetooth... dye x kan berusaha untuk delete 'device' tu selagi dye rasa 'device' tu  bermakna bagi dye.. (based on experiment..:p)

okeh next, Wi-fi... aku rasa pendapat kat atas tu betul.. ye la kan.. of course para wanita akan mencari sang arjuna yg paling kuat, the stongest one.. tapi kalau kita tengok macam mana wi-fi tu sendiri.. sekali kita pergi tempat ni, banyak connection wi-fi ada.. boleh pilih yg mana nak.. pergi kat sana pulak, wi-fi lain pulak ada.. but mesti pilih yg without password right?? so, its totally not permanent.. dan sering bertukar-tukar.. perempuan macam tu ke? aku x tau... hahaha.. mybe betul, mybe x.. tapi nie just pendapat aku.. aku cakap based on ape yg aku pernah tengok... contohnya kat facebook.. n aku rasa orang lain pon pernah ada pengalaman macam aku.. n aku tengok ramai friend perempuan aku kat facebook yg senang tukar 'line wi-fi'.. hari nie status jiwang bagai..-with si polan... selang dua tiga hari pannggg status marah-marah, status lepas tension, status lepas perasaan.. nampak dah nak clash... lepas tu mula tukar relationship status.. lepas tu mula status makan hati pulak... dua tiga hari lepas tu pulak in a relationship with orang lain dah ehh.. adehh.. mungkin dye dah jumpa 'wi-fi' yg x berpassword yg lain...-.-"

aku bukan nak troll kaum wanita sekalian.. kan aku dah cakap, x sume orang macam tu kan... x semua okehh.. but it's reality.. for some people in this world.. aku bukan nak backup kaum lelaki.. mesti ada yg cakap macm tu kan? hahaha... ye la, aku kan lelaki.. mesti aku backup lelaki.... hakhakhak...

tapi ape yang sebetul-betulnya ialah lelaki dan wanita nie saling memerlukan.. sama macam laptop aku nie.. butang untuk on wi-fi ngn bluetooth dye letak skali.. dalam satu butang.. fnf2.. so kalau nak on bluetooth dua-dua akan on sekali.. so its true kan?? macam tau-tau je orang yg buat laptop nie kan... tapi ape yg penting selain dari kerjasama ialah buatlah pilihan dengan sebaik-baiknya..

kepada lelaki,carilah device yg x akan menyebarkan virus kepada anda..kerana anda akan dipertanggungjawabkan akan virus-virus yg device anda sebarkan kelak..
kepada wanita pula,seelok-eloknya carilah wifi yg berpassword...
yang susah untuk dibuka dan membuka..lebih selamat dan lebih bersekuriti...insyaAllah anda tidak akan menjadi madu or janda dalam usia muda..wakaka...tapi bila yg berpassword nie biasa la kan..jangan la di hacknya pulak..gunakan cara yg betul dan halal..dan insyaAllah 'connection' itu akan berkekalan sampai ke syurga..

(^_^)


“Sesungguhnya wanita adalah belahan yang tak terpisah dari lelaki” (HR Ahmad dan Al-Baihaqi)





patutkah?

...fikir-fikirkanlah.....


..patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan
 dengan hanya berkata: "kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?..

_al-ankabut:2_ 





biar 'kotor',asal bernilai...




Suatu hari seorang penceramah terkenal membuka seminarnya dengan cara yang unik.
Sambil memegang wang RM100, dia bertanya kepada hadirin,
“Siapa yang nak duit ini?”.
Kelihatan ramai penonton angkat tangan menunjukkan ramai yang minat.
“Saya akan berikan ini kepada salah seorang dari anda , tapi sebelumnya perkenankanlah saya buat ni dulu.”
Dia berdiri mendekati hadirin. Wang itu diramas-ramas dengan tangannya sehingga renyuk.

Lalu bertanya lagi,
“Siapa yang masih mahu duit ini?”
Jumlah tangan yang mengangkat tak berkurang.
“Baiklah,” jawabnya,
“Apa jadinya bila saya melakukan ini?”
Ujarnya sambil menjatuhkan wang itu ke lantai & melenyek-lenyekkan dgn kasutnya. Meski masih utuh, kini 
wang itu jadi amat kotor,lusuh dan amat renyuk.
"OK, sekarang masih ada yang berminat?”.
Tangan-tangan yang angkat ke atas masih tetap banyak.


Hadirin sekalian, Anda baru saja menghadapi sebuah pelajaran penting. 
Apapun yang terjadi dengan wang ini anda masih berminat kerana apa yang saya lakukan tidak akan mengurangi nilainya.
Biarpun renyuk,lusuh dan kotor, wang ini tetap bernilai RM100 juga..

Dalam kehidupan ini, kita pernah beberapa kali terjatuh, terkoyak, dan dipenuhi kotoran akibat keputusan 
yang kita buat & situasi yang menerpa kita dalam sesuatu keadaan dahulu.
Dalam keadaan seperti itu, kita merasa tak berharga, tak bererti.
Padahal apapun yang telah & akan terjadi, anda tidak pernah akan kehilangan nilai di mata mereka yang menyayangi anda,keluarga anda, lebih-lebih lagi di mata Tuhan.

Jadi walau bagaimana kotor pun anda, kita masih mempunyai nilai yang tersendiri. Sayangilah diri anda, 
bertaubat jika membuat dosa, terus berusaha jika gagal kerana diri kita sebenarnya amat berharga.
Dan jangan terlupa kita adalah makhluk Allah yang di pandang sama, hanya iman dan takwa yang membezakan kita.




#copy


i love IIUM..!

assalamualaikum w.b.t....

wahhhh...berakhir sudahh sesi ta'aruf week for a new student of IIUM Gombak...sangat meletihkan tapi best jugak...tapi bab2 dengar briefing memang x bleh tipu...bosann wehhhh....

n now,aku secara rasminye dah jadi student IIUM Gombak...ibarat kata abang2 dan kakak2 senior yg comel2 lagi lawa lagi menawan lagi cun lagi kiut itu,,,"Welcome to the Garden of Knowledge and Virtue.." ...oyehhh...welcome to me....dan dengan ini bermulalah perjalanan hidup yang sangat jauh untuk ke kuliyyah..naik bukit turun bukit... adehhh....tapi apa yg aku suka pasal iium nie sebab iium or uia gombak nie sangat cantik n banyak taman...terbaikkk...sape nak tengok gambar uia tu google je lahh...

kat sini ramai giler foreigner...ada yg dari negara kulit hitam,kulit putih,orang arab,india,sudan n banyak lagi lah....bile dikelilingi oleh dyorang nie terasa macam kat oversea pon ada..x dapat g oversea pon x pe la kan...myb sebab uia nie international...n apabila aku duk kat sini terasa diri ini sangat putih,,hahaha... tetapi kerdil...hehh..dyorang besor2 ekpom blako....tapi aku respect dyorang,sebab bila masuk waktu solat jeh ramai yg ke surau or masjid...salutee...

banyak benda yg aku x pernah tengok,x pernah nampak n x pernah rasa aku dapat tengok kat sini...contohnya macam bila solat jumaat kat sini,ramai kaum wanita yang join sekali...n kebanyakannya foreigner r..yang melayu aku x pasti la pulak ada ke tak...lepas tu khutbahnya disampaikan dalam bahasa arab pastu ditraslatekan kot english..myb sebab ramai foreigner kot...so ape lagi,aku pon sedikit sebanyak 'ter'mengantuk sebab x berapa nak faham dengan sleng2 orang arab gitu...hehehe...but i'll try to get understand next time..lame lagi nak duduk sini kan...

haaa part nie yang aku x sabar2 nak bagitau neh...jeng jeng jengggg.....
tersangatlah ramai student uia nie yg cun-cun melecun-lecun..hidung mancung..aihh nak citer x habis...lagi2 minah2 arab tuu..aii ase macam nak adjust jeh tapi apakan daya......dyorang sume besar-besar...tinggi-tinggi...macam x sesuai jeh..kang aku pulak yg kna pakai high-heel...
tapi student malaysia pon ramai jeh yg comel2...hikhikhik...



cun kan?? cun kan?? cun kan?? nie gambar goole jeh...hihi


okaylah...sini aku nak share lagu iium nie..sebab aku rase lagu nie best...first time dengar dah rase suka... intro dye part yg paling best..bunyi macam lagu hindustan....x caye try dengar....




Lets lead the way
Enlighten the future
Share the wisdom
Through the spirit of Islam
Revelation and Reason
We shall excel, we shall prevail
Merging faith and knowledge 
Were the khalifah
Well fulfill the Amanah

Chorus:
Together,
We make the world a better place
Forever,
Expand the culture of Iqra
IIUM,
Is to realise, the meaning of
Rahmatan lil-Alamin

Together,
We make the world a better place
Forever,
Expand the culture of Iqra
IIUM,
Is to realise, the meaning of
(Mercy to all the worlds)
For all mankind..








n lastly,...yes..i love IIUM Gombak...n lets realise,the meaning of RAHMATAN LIL'ALAMIN...=)