Pages

sifat-sifat seorang muslim..

sekadar satu perkongsian..
tajuk di atas terdapat dalam sebuah buku bertajuk APA ERTINYA SAYA MENGANUT ISLAM karya Fathi Yakan..

juz nk berkongsi ngn sape2 aje yg bace blog nie..supaya kita same2 dpt menjadi seorang muslim yg sebenar..bkan hanya sekadar muslim warisan drpd keluarga..

1. Bersifat warak dari melakukan perkara2 syubhah..
    Seorang muslim mestilah menjauhkan diri drpd melakukan perkara yg haram dan berjaga2 drpd melakukan perkara syubhat.. 
                     "seseorang itu tidak akn mencapai peringkat muttakin sehingga beliau meninggalkan perkara yg tidak men jadi kesalahan jika dilakukan kerana takut terjatuh ke dalam perkara yg tidak boleh dilakukan.."
(hadith riwayat Tirmizi,Ibn Majah dan Al Hakim dan Tirmizi berkata:hadith ini Hassan)

2.Menundukkan pandangan..
"katakanlah kpd org2 lelaki yg beriman hendaklah mereka menahan pandangn.."
(An-Nuur:30)

"pandangan itu satu drpd panah2 iblis.."
(hadith riwayat al-Hakim dan At Tabarani)

sabda Rasulullah lagi:
"Hendaklah kamu menahan pandangan kamu dan menjaga kehormatan kamu atau Allah menelungkupkan muka kamu.."(hadith riwayat At-Tabarani)

3.Memelihara lidah..
sabda Rasulullah:
"Tidaklah hasil tuaian lidah manusia itulah yg telah menghumbankan muka mereka ke dalam neraka?"

"Org yg beriman itu bukanlah org yg suka menuduh,suka melaknat,suka bercakap kotor dan keji"

4.Malu..
"iman itu lebih dr tujuh puluh atau lebih dari enam puluh cabang yg paling afdal ialah kalimah Lailahaillallah dan paling rendah ialah membuang sesuatu yg boleh menyakitkan dr jalan dan malu itu satu cabang dari iman.."(hadith riwayat Bukhari dan Muslim)

dalam hubungan sifat malu ini para ulamak telah mengatakan "sifat malu pd hakikatnya ialah sesuatu sifat yg mendorong seseorang meninggalkan perkara yg buruk dan menghalang beliau drpd mencuaikn hak org laen"

5.Lemah lembut dan sabar..
"sesungguhnya hanya org2 yg bersabarlah yg dicukupkan pahala mereka tanpa batas." (Az-Zumar:10)

6.Bersifat benar dan jujur..
"sesungguhnya sifat benar itu membawa kepada kebaikan dan kebaikan itu membawa ke syurga dan seseorang itu akn terus bersifat benar sehinggalah beliau ditulis disisi Allah sebagai seorang yg bersifat benar.Sesungguhnya dusta itu membawa kpd kejahatan dan kjahatan membawa ke neraka.Seseorang itu akn terus berdusta sehinggalah beliau ditulis disisi Allah sbg seorang pendusta.."(hadith riwayat Bukhari dan Muslim)


7.Tawaduk..
"tidak akan dimasukkan ke dalam syurga org yg di dlmn hatinya terdapat sebesar zarah sifat tkbur"(hadith riwayat Musli)

8.Menjauhi perbuatan bersangka buruk,mengumpat,menjejak keburukan org lain..
"dan org2 yg menyakiti org2 yg mukmin dan mukminat tnpa kesalahan yg mereka buat maka sesungguhnya mereka telah memikul kebohongan dan dosa yg nyata.."(Al-Ahzab:58)

9.Pemurah..
mengorbankan diri dan harta ke jalan Allah..

10.Qudwah hasanah..


salam ukhwah fillah..:)


No comments: