Pages

beradap dan bersahabatlah dengan DIA...

Ketahuilah saudara-saudaraku, sahabat sejati yang tidak pernah berpisah dengan kita itu adalah pencipta kita yang Maha Agung yakni Allah SWT. Maka bersahabat denganNya juga ada adab-adabnya yang harus kita pelihara dan lazimi.
Di dalam kitab ‘Bidayatul Hidayah’ karangan al-Imam Hujjatul Islam al-Ghazali r.a. ada menjelaskan adab-adab persahabatan dengan Allah dan adab-adab itu seperti berikut:


1. Menundukkan kepala di hadapanNya
2. Merendahkan pandangan di hadapanNya
3. Menumpukan perhatian kepadaNya
4. Mendiamkan segala anggota badan
5. Bersegera mengikuti perintahNya
6. Menjauhi laranganNya
7. Tidak menyangkal perbuatanNya (Tidak menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap takdirNya)
8. Mengakali zikir (ingat) kepadaNya
9. Melazimi fikir akan qudratNya
10. Mengambil yang hak dan meninggalkan yang batil
11. Putus harapan daripada makhluk
12. Tunduk kerana kehebatanNya
13. Pecah hati kerana malu daripadaNya
14. Merasa tenang dalam kehidupan kerana percaya dengan jaminanNya
15. Bertawakal (berserah diri) kepada kelebihanNya kerana percaya dengan pilihanNya


Persahabatan dengan Allah itu sangat indah, sehingga merasa cukup segala-galanya dan tidak memerlukan sesuatu yang lain lagi selainNya. Maka ambillah sedikit dari waktumu untuk merenung dan bermuhasabah diri kerana itu yang akan mendekatkan dirimu kepadaNya lalu menginsafi diri sebagai seorang hamba.

Sedarlah bahawa dunia ini sudah hampa dari manusia, siapa lagi yang boleh diharapkan kalau bukan Kekasihmu sendiri iaitu Allah SWT. Takkah terasa malu bahawa setiap hari kita dikurniakan rezekiNya sedangkan kita jarang mentaati perintahNya, tetapi sesaat pun kita tiada masa untuk mengingatinya apalagi mengucapkan rasa syukur seikhlas hati.

Sama-samalah kita perbaiki hubungan kita denganNya agar kita tidak tergolong dikalangan orang yang rugi dan jauh dari rahmat dan redhaNya. =)

No comments: